Satu muat naik di Instagram Story milik Ifa Raziah baru-baru ini seoalah-olah mempersoalkan suara golongan Ustaz dan Ustazah mengenai isu keas amang seksual yang kecoh baru-baru ini.
Baby Shima Sindir Kes Amang Seksual?
Sebelum ini, menerusi Murai, Baby Shima turut bersuara mengenai kes amang seksual yang melibatkan pendakwah selebriti terkenal yang masih berada dalam perbicaraan itu.
Baby Shima turut mempersoalkan tindakan para Pencetus Ummah dan ustazah online yang masih belum memberikan sebarang ulasan terhadap kes tersebut.
Ifa Raziah Muat Naik Status
Dalam pada itu, Ifa Raziah juga turut memuat naik satu status di Instagram Story miliknya seolah-olah berkenaan kejadian yang sedang terjadi kepada salah seorang Pencutus Ummah sekarang ini.
Di dalam penulisannya, dia mempersoalkan mana perginya “content” gologan ustaz dan ustazah yang hebat-hebat dalam memberikan pandangan dan pendapat mengenai kes amang seksual yang terjadi kepada PU tersebut.
“Cakap Aku Ahli Neraka”
Dia juga turut menyatakan bahawa gologan ustaz dan ustazah ini kelihatan cepat membuat ‘content’ apabila isu tersebut melibatkan dirinya.
Mana pergi semua ustaz & ustazah yang hebat-hebat ini, semua tiada buat ‘content’ mengenai mereka.
Kalau kes aku, cepat jer korang buat syarahan agama cakap aku ahli neraka.
Di akhir penulisannya, Ifa seoalah-olah menjelaskan bahawa dia terlupa kes amang tersebut terjadi kepada kelompok mereka sendiri dan mungkin sebab itula tiada ‘content’ mengenai perkara tersebut.
‘Zaman Penuh Dengan Munafik’- Caprice Dedah DM Dari PU Azman Dengan Remaja Lelaki?
Nama penceramah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias menjadi bualan ramai setelah didakwa di Mahkamah Sesyen di Seremban, semalam atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun ini.
“Ia Tidak Normal”
Penyanyi rap, Caprice menerusi Insta Stories menyifatkan isu tersebut adalah menakutkan terutamanya melibatkan ahli agama seperti Ustaz.
“Tidak Malaysia, Ia tidak normal. Terutamanya ia dari seorang Ustaz. Anda telah ditipu oleh pemakaiannya. Akhir zaman ini bukan sahaja mengenai zaman fitnah, tapi zaman penuh dengan munafik jugak.”-Tulis Caprice
Dedah DM PU Azman Dengan Seorang Remaja Lelaki?
Dalam pada itu, Caprice turut dilihat memuatnaik video DM (Direct Message) PU Azman dengan seorang remaja lelaki di Instagram yang didakwa turut menjadi mangsa ‘sexual grooming’ oleh penceramah tersebut.
“Sebab nak elak orang kata deep-fake lah. Edited lah. Cap akan bantu mangsa-mangsa yang ada bukti sahaja. Screenshots sahaja tidak cukup kuat sebab orang boleh claim photoshop. Video tidak menipu.”-Tulis Caprice
Dipetik dari laporan Berita Harian, PU Azman didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang sabit kesalahan, boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga disebat.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.