Ini Pesan Fadzil Zahari Buat Nad Zainal & Ungku Ismail Ke Bali Atas Urusan Kerja Buat Ramai Setuju

Sebelum ini kecoh di media sosial mengenai berita kononnya Nad Zainal dan Ungku Ismail keluar negara untuk bercuti bersama.

Menafikan Bercuti Bersama

Mengulas kepada isu tersebut, pelakon Nad Zainal menafikan dakwaan bahawa dia pergi bercuti bersama pelakon Ungku Ismail ke luar negara seperti yang hangat diperkatakan netizen baru-baru ini.

Memetik BH Online, Nad berkata dia pergi ke destinasi percutian ke Bali itu atas urusan kerja dan turut ditemani pembantu peribadinya.

Berkongsi Pemikiran Dan Visi Yang Sama

Mengulas keselesaan berkawan rapat dengan Ungku Ismail yang juga pelakon drama rantaian, Teman Lelaki Upahan itu, Nad mengaku serasi secara semula jadi kerana mereka berkongsi pemikiran dan visi sama.

Malah, akui Nad, mereka merancang pelbagai projek yang akan diusahakan bersama pada masa akan datang.

Fadzil Zahari Beri Pesanan

Perkongsian mengenai urusan kerja diluar negara antara Nad dan Ungku Ismail telah mendapat perhatian daripada Fadzil Zahari.

Melihat di ruangan komen di Facebook, Fadzil turut memberikan pesanan kepada Nad dan Ungku Ismail untuk pulang ke Malaysia apabila tiba masa untuk mengundi.

Komen Fadzil tersebut turut mendapat maklum balas dari netizen. Kelihatan sebanyak 64 komen balas terhibur dengan kenyataan Fadzil dan 1.2k ‘likes’ di facebook.

DIKATAKAN SEMAKIN ‘SEKSI’ SELEPAS BERSTATUS JANDA, INI JAWAPAN TAK DISANGKA NAD ZAINAL

Sebelum ini pada 3 September lalu, Nad Zainal mengejutkan ramai apabila mengesahkan sudah berpisah dengan Faliq. Tidak berkongsi lanjut mengenai punca perceraian sehingga hari ini, dia enggan orang ramai membuat spekulasi tidak berasas mengenai perpisahan dengan bekas suami.

Lebih Tenang Selepas Bercerai

Menurut Kosmo, Nad juga mengakui lebih tenang dengan kehidupan sekarang sebagai ibu tunggal kepada dua orang cahaya mata selepas perceraian dengan bekas suami.

Nad turut menjelaskan bahawa hidupnya tetap gembira bahkan hubungannya dengan bekas suami dan anak-anak juga berjalan baik seperti sebelum ini.

Nad Semakin ‘Daring’

Selepas pengumuman perpisahan Nad bersama bekas suaminya, nama Nad kini kian menjadi perhatian netizen. Setiap gerak dan tindak tanduknya dalam bidang lakonan mahupun kehiduupan seharian akan diperhatikan oleh netizen.

Terbaru netizen menyatakan bahawa Nad kelihatan lebih “berani” dalam setiap lakonan dan juga dari segi pemakaiannya yang kelihatan agak seksi.

Tuntutan Kerja

Disebabkan banyak spekulasi yang menyatakan dia semakin berani selepas berstatus janda, satu gambar yang dimuat naik oleh BHarian di Instagram telah menjawab spekulasi yang telah menjadi bualan netizen.

Nad tak pernah menganggap diri seksi, sebaliknya bergaya mengikut tuntutan watak. Sebelum berpisah, itulah gaya dirinya, tetapi netizen memberi perhatian selepas bercerai.

Apa yang dinyatakan oleh Berita Harian menjelaskan bahawa Nad berperwatakan seksi adalah disebabkan tuntutan kerja dan perkara tersebut menjadi lebih perhatian apabila statusnya telah menjadi janda.

Followers Minta Nasihat Rumah Tangga, Ini Jawapan Nad Zainal

“Berikan diri anda peluang kedua”

Begitu nasihat yang diberikan pelakon Nad Zainal kepada seorang pengikutnya yang bertanyakan pendapat tentang masalah hubungan perkahwinan yang dihadapi individu berkenaan.

Nad atau nama asalnya Farah Nadia Zainal Abidin berkongsi nasihat itu menerusi sesi soal jawab di Instagram Stories baru-baru ini.

Individu yang tidak kenali identitinya itu memberitahu kepada Nad bahawa dia sudah cukup lama bertahan dengan sikap pasangannya lalu meminta nasihat daripada aktres itu.

“Saya dalam fasa bertahan atau pergi, jika pergi saya tiada apa-apa, bermaksud saya perlu memulakan hidup saya dari awal semula, jadi apa pendapat awak?” tanya individu berkenaan.

Dalam pada itu, pelakon drama Dendam Seorang Isteri itu turut berkongsi kata-kata “Ambil nafas, hembus dan move on” pada hantaran yang sama.

Terdahulu, Nad mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya, Muhammad Faliq Amiruddin pada Sabtu.
Nad bagaimanapun enggan mendedahkan punca sebenar rumah tangga yang dibina bersama suami sejak Disember 2015 musnah.

Followers Minta Nasihat Rumah Tangga, Ini Jawapan Nad Zainal

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 6 tahun dan Budi Kalsom, setahun.

Sumber Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Sumber Murai

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply