Jarang kita dengar masalah mak mertua dengan lelaki menantu kan. Yang selalu kita dengar adalah. Menantu perempuan hantu, hahaha. Aku berumur 24. Anak perempuan bongsu. Atas aku semua abang lelaki.
Alhamdulillah. Allah uji aku dengan mak mertua hantu. Haha kenapa cakap Alhamdulillah, sebab orang kata kalau diberi ujian pun kena ucap Alhamdulillah. Betul ke? Kalau nak bercerita pasal keburukan mak mertua ni. Sampai dah tak tercerita.
Aku sekarang dah tahap redha dan pasrah je. Aku berkahwin di usia 20 tahun. Betul, sangat awal. Awal perkahwinan aku tinggal serumah dengan Mak mertua atas permintaan beliau sendiri. Ketika itu memang aku dan suami aku sudah ada saving untuk sewa di luar.
Tetapi atas dasar simpati. Aku setuju untuk tinggal bersama Mertua. Ya itulah kesilapan paling tak pandai yang aku buat dalam hidup aku. Sebelum kahwin aku dah inform pada bakal suami dan mak mertua aku yang aku tak pandai masak. Susah aku nak explain, orang takkan faham.
Tapi kalau dah tak biasa nak masuk dapur, kita akan jadi malu dan segan. Lagi lagi dapur orang. Kalau mak mertua aku masak. Memang aku akan tolong potong potong bawang dan sebagainya. Tapi untuk aku conquer dapur dan lead masak seorang diri, memang aku tak pandai ketika itu.
Sebelum kahwin mak mertua selalu kata tak mengapa tak pandai. Mak tak kisah langsung pun. Tapi baru berapa bulan berkahwin. Perangai mak mertua aku ni makin jelas kelihatan. Mak mertua aku ni ada habit suka mengumpat.
Hari hari dia akan bergayut telefon untuk kutuk orang kampung di sini. Aku sebenarnya tak kisah. Ikut suka hati lah kan, dia pun dah besar. Tapi semuanya berubah bila suatu hari suami aku terbaca mesej mak aku. Rupa rupanya hari hari di canangnya keburukan aku.
Menantunya juga tak terkecuali jadi bahan umpatan beliau haha. Beliau setiap hari menghantar report dan ulasan kepada jiran jirannya yang menantu dia tak masak setiap hari. Kesian anak lelakinya kebuluran. Seperti menjadi kawajipan untuk menyebarkan keburukan aku setiap hari.
Yang itu aku masih boleh bersabar kerana memang aku belum pandai masak ketika itu. Tetapi yang paling aku terkilan, beliau selalu menfitnahku. Pelbagai cerita di reka beliau. Aku suri rumah. Mak mertua ku suri rumah. Jadi kami berdua sahaja yang akan tinggal di rumah.
Bapa mertua dan suami aku keluar bekerja. Aku dirumah mengambil upah kecil kecilan. Mertua selalu mesej bapa mertuaku yang aku setiap hari bangun tengahari walhal aku sudah bangun pagi untuk siapkan upah kecil kecilan aku. Serius aku sudah bangun.
Aku tak faham apa tujuan beliau. Bapa mertua aku selalu tiada di rumah beberapa hari kerana jadi kelindan lori. Mak mertua aku selalu masuk bilik tidur kami dan tangkap gambar untuk dicari kesalahan. Contohnya baju belum basuh . Aku akan tunggu laundry bag aku penuh baru aku basuh.
Kemudian di hantar pada bapa mertua aku. Dicanangkan aku pemalas basuh baju, tunggu beliau yang basuhkan. Padahal mak mertua aku tak pernah basuhkan baju kami. Sehinggakan bapa mertua aku juga memanggil aku menantu tak berguna.
Beliau juga mengadu pada bapa mertua , yang aku tengking dia. Walhal aku baru berkahwin berapa bulan ketika itu. Takkan la aku nak tengking kan. Mak mertua aku bukan lah sempurna. Jarang juga dia basuh baju. Sampah dalam tandas jarang sekali dibersihkan.
Sinki jarang berbasuh. Rumah akan disapu hanya jika bapa mertua aku pulang. Aku tidak kisah langsung. Tak pernah nak ceritakan pada orang. Cuma aku tak mengerti mengapa mencari kesempurnaan pada orang lain jika diri sendiri tidak sempurna.
Pelbagai perkara lagi dia suka buat cerita sebenarnya. Walaupun suami aku tahu hal sebenar. Dia tak pernah backup aku atau pun ceritakan hal sebenar pada bapanya. Dia kata memang risau bergaduh. Suami aku selalu menyuruh aku untuk lebih sabar.
Aku tidak pernah bercerita pada sesiapa kerana aku faham tentang aib, hanya suami tempat aku mengadu. maka aku menangis setiap malam. Bantal tidur kerap basah di awal perkahwinan aku. Sampai tahap aku dah redha dan pasrah. Aku tak salahkan suami aku.
Dia anak lelaki tunggal. Aku tahu dia dilema . Ditegur, mak sendiri. Nanti derhaka. Sekarang dah 4 tahun berkahwin. Alhamdulillah aku dah selamat berpindah dari rumah mertua tahun kedua . Aman sangat. Syukur. Sekurang kurangnya aku dah ada ruang sendiri. Bebas dari talam.
Selepas setahun berkahwin tempoh hari. Ilmu wanita sudah aku pelajari sedikit demi sendikit. Tidak sempurna tetapi Setakat perihal masak tu aku dah kuasai. Suami aku tak pernah complain tentang kekurangan aku. Dia faham jika diberi masa. Semua orang akan pandai.
Jangan salahkan mak kandung aku ya. Mak kandung aku memang terlampau memanjakan aku. Tak beri langsung buat kerja rumah. Aku anggap tu rezeki zaman muda aku. Mak mertua aku masih dengan perangai yang sama. Kerap mencari kesalahan aku.
Kesalahan kawan kawannya. Masih lagi up status facebook berbaur aku menghasut anak lelaki tunggalnya. Status berbalah dengan kawan kawannya. Tapi yang kelakar bila jumpa, bukan main mak mertua mesra dengan aku. Tapi dibelakang aku membuat cerita tentang aku.
Pernah satu ketika aku harap mak mertua aku dijemput ilahi lebih awal. Astaghfirullahalazim. Jangan salah faham ya. Kami masih melawat keluarga suami aku. Tiap minggu. Tapi aku memang sudah tawar hati dengan mak mertua aku tu. Sudah tiada rasa sayang.
Yang tinggal hanya lah secebis rasa hormat. Aku jumpa masih berborak seperti biasa. Senyum dan salam seperti biasa. Aku anggap ni ujian aku didunia. Walau bagaimanapun. Syurga suami aku masih di tapak kaki maknya. Semoga mak mertua aku berubah, lembut hati untuk menyayangi aku seperti anak sendiri dan sempat bertaubat .
Yang penting bukan awalan. Tapi diakhir kehidupan kita nanti. Menantu Perempuan jika tidak pandai masak, usah lah dibenci kerana itu. Berilah masa untuk mereka belajar. Jika diberi ruang dan peluang, sekejap sahaja untuk mereka kuasai.
Buat saudara wanita aku. Cukup cukup lah mencari salah menantu perempuan. Kami juga manusia biasa. Tapi kami juga ada limitnya kerana kami hanya manusia biasa. Ke kau orang nak tunggu aku naik hantu. Perkongsian wanita ini mendapat reaksi pelbagai dari warganet. Lihat apa kata mereka.
Che Sue –Konsep saya, bila saya balik rumah mak saya, biar saya yang lebih keje sebab tu rumah saya sejak kecil. Menantu menantu nak rehat rehat je pun takpe. Tolong sikit sikit pun lagi dialukan. Tapi ada family, dia nak menantu buat semua keje macam menantu tu lahir kat rumah tu, padahal anak kandung sendiri lagi pemalas tahap dewa.
Sheema Shah –Boleh tahan ye kau dgn mak mertua suara lahar macam tu. Kalau aku dah tak bagi muka. Memang aku bagi atas muka atau sambil salam, aku bisik sesuatu buat dia sedar kat telinga dia. Biar mertua jenis gitu kena buku dan ruas. Silap orang nak dikata, dipijak ikut suka ati.
Nor Salida Abd Rahman –Saya paling takut sekali dgn org yang perangai macam mak mentua sis ni. Sebab bagi saya, dia macam ular. Nampak jinak tapi berbisa. Depan depan baik tapi belakang belakang semua org dia umpat. Pengumpat ni perangai dia memang tak boleh bawak ke mana. Nraka jahannam la tempat dia.
Aini Hanif –Mak mertua saya pun perangai erk. Anak dia yang tak nak pindah balik kampung , beli rumah dekat tempat dia kerja. Saya pulak dapat nama suami dengar cakap bini. Padahal saya sebagai isteri tak tahu pape. Nasib kena jaga aib suami kalau tak ada kang kena sedas dengan saya anak kau yang tak nak balik kampung. Tapi kena sabarrrrr.
Faridah Mohd –Masak pun salah tak masak pun salah. Dulu saya masak di rumah bekas mentua, pastu saya ternampak bekas emak mentua mengendap di pintu mencebik dan menjuih mulut. Masa tu baru juga kahwin. Mereka semua tak makan, keluar makan senyap senyap bila saya datang. Pastu mereka kata mereka diet. Bekas suami akan keluar menghilang (cari kawan kawan dia kul 3 pagi baru balik) bila ke sana .
Mumtaz Aqeeda –Satu je kita orang orang prmpn kita kena sedar diri satu hari kita ni jadi mak kepada anak sendiri, dan jika dipanjang usia jadi mak mertua kepada isteri atau suami anak kita. Kita esok esok jadi mak mertua, muhasabah lah diri dulu dulu masa awal awal kawen perfect sangat ke?
Hari pertama kat umah mertua terus masakkan nasi briyani ke?( Contoh) tak rugi cuba berbaik dengan menantu dan doakn kebahagiaan anak menantu dan cucu. Dan usaha banyakkan amalan baik sendiri untuk saham pencen tempat persemadian sndr.. Mudahan husnul khatimah.. Beringat tua dan pemergian dari dunia itu sangat hampir.. Kita doakan yang baik baik sahajalah untuk wanita ini. Apa pula kata anda.
– Menantu risau akan naik hantu (Bukan nama sebenar) via IIUMC
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.