8 Orang Yg Sewa Rumah Dicari Netizen. Rupanya Apa Yg Mereka Buat Memang Tak Disangka Sbb Mereka Semua Lelaki

JIKA ditelusuri di media sosial, kita kerap disajikan dengan luahan netizen mengenai nasib malang apabila tinggal sebumbung dengan housemate yang pemalas dan pengotor.

Situasi ini secara tidak langsung memberi tekanan mental kerana bukan sahaja terpaksa hidup dalam suasana yang menyakitkan mata, malah perlu menghadap perangai rakan serumah yang tidak mempunyai common sense.

Namun baru-baru ini, perkongsian oleh seorang pemuda di TikTok membuatkan netizen kagum dan melontarkan pujian kerana rumah yang didiaminya bersama rakan-rakan begitu bersih, kemas dan teratur meskipun masing-masing masih bergelar penuntut.

Berkongsi cerita dengan mStar, pemuda bernama Najmi Afiq berkata, dia dan tujuh lagi rakannya mendiami sebuah unit rumah di kolej kediaman di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Raub, Pahang.

Meskipun baru mendiami rumah empat bilik itu sekitar tiga bulan lalu, namun pemuda ini berkata kesemuanya sekelapa dan paling penting mempunyai sikap bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan.

housemate 2

Meja makan dikemas rapi.

“Kami mendiami rumah di Kolej Mat Kilau sejak hampir tiga bulan lalu. Sebenarnya pada semester lepas, ada di antara kami pernah duduk serumah… kemudian ada yang suka datang lepak.

“Jadi apabila masuk semester baru, kami berlapan sepakat nak duduk serumah. Sebelum masuk kampus, kolej akan keluarkan borang, jadi kita isi form tersebut beserta details nama penghuninya,” ujarnya yang senang disapa Afiq.

Pemuda berusia 21 tahun ini berkata, mereka biasanya akan memperuntukkan satu hari setiap minggu untuk mengemas dan membersihkan rumah bersama-sama.

“Biasanya kami ‘gotong-royong’ pada hari minggu atau ikut waktu kelapangan sebab masing-masing sibuk dengan kuliah.

“Dalam rumah ini ada empat bilik, jadi tugas dibahagikan ikut bilik. Ada yang ditugaskan kemas dapur, ada yang cuci bilik air, bersihkan ruang tamu dan ada kemas bahagian luar rumah.

“Adakalanya sepah juga sikit-sikit… tapi nanti kami kemas bersama-sama seperti rutin mingguan,” kata penuntut Diploma Pentadbiran Awam ini lagi.

Banyak kali membaca perkongsian di media sosial mengenai kisah rakan serumah yang pengotor, Afiq bagaimanapun bersyukur dan menganggap dikurniakan housmemates yang pembersih sebagai satu rezeki.

“Sebenarnya, kalau majoriti housemates kita orang yang pembersih, secara automatik yang lain akan terikut juga. Kalau ramai pengotor, maka kita pun mungkin terikut juga sikap itu.

“Selain dipengaruhi rakan, sikap pembersih ini juga mungkin berpunca daripada didikan kita di rumah dahulu.

housemate 4

Najmi Afiq (duduk) bersama tujuh rakannya mendiami rumah tersebut sejak tiga bulan lalu.

“Kalau ada di antara rakan serumah yang dalam circle atau geng kita, boleh saja tegur depan-depan secara berhemah. Orang lelaki ni walau nampak kasar, tapi nak tegur pun ada caranya.

“Janganlah sound atau secara kasar. Tapi kalau tak ‘jalan’ juga, mungkin boleh pertimbangkan untuk keluar dan cari rumah lain,” ujarnya lagi.

Sekadar memuat naik video tersebut secara suka-suka, Afiq bagaimanapun tidak menyangka ia mengundang perhatian netizen.

Sehingga kini video berkenaan meraih lebih 489,000 jumlah tontonan di aplikasi TikTok, selain dibanjiri pujian netizen.

“Nikmat bro ada housemate pembersih. Tolong review siapa housemate.

“Jom tukar roomate bang. Roomate saya makan, lepas tu letak pinggan dia bawah katil saya.

“Bestnya dapat housemate macam ni. Aku ni, seorang je yang beriya nak rumah kemas-kemas. Lama-lama penat juga seorang je yang beriya,” demikian antara komen netizen.

komen

Antara komen netizen yang kagum dengan ‘rumah bujang’ lapan pemuda berkenaan.

Netizen sekali lagi melahirkan rasa kagum setelah Afiq berkongsi video lain yang memaparkan wajah teman serumahnya.

“Semua handsome! Ini memang pakej.

“Mantap bang, semua calon suami terbaik,” kata beberapa lagi netizen.

Sumber: MSTAR ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Video,

https://www.instagram.com/reel/CkzBQudAtqJ/?utm_source=ig_web_copy_link

Be the first to comment

Leave a Reply