Beza Usia 23tahun, Jejaka Ini Buka Cerita Sebenar Tertarik Pada Ibu Tunggal Anak 5

Wanita berkahwin dengan lelaki lebih berusia itu perkara biasa. Tetapi, dengan berjalannya waktu, lelaki berkahwin dengan wanita yang berbeza jauh usianya bukan lagi satu perkara asing atau perlu diperdebatkan.

Beza usia 23 tahun. Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pemuda di TikTok apabila menceritakan kisah bagaimana dia tergerak hati menyunting isteri tercinta untuk dijadikan suri di hatinya walaupun jarak usia mereka adalah 23 tahun.

Menerusi TikTok @geemie8599, dia yang lahir pada tahun 1998 telah berkahwin dengan isterinya yang kini sudah berusia 47 tahun. Niat nak bantu ibu tunggal.

Ujarnya, dia hanya berkenalan dengan isteri selama 5 bulan menerusi Facebook dan terus menjadikannya isteri kerana berasa terpanggil untuk membantu wanita berkenaan yang ketika itu merupakan ibu tunggal dengan 5 orang anak yang masih memerlukan perhatian.

Keluarga menerima. Dia yang kini sudah berumah tangga selama 4 tahun akui sangat bahagia lebih-lebih lagi anak-anak tiri sangat menerima kehadirannya sebagai ‘bapa muda’.

Anak2 hormat sebagai bapa walau hampir sebaya. Walau bagaimanapun, pemuda tersebut akui bahawa pada awalnya ada juga perasaan kekok apabila anak sulung isterinya hampir sebaya dengannya, namun dia bersyukur kerana anak-anak tetap menghormatinya.

Dia juga menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang bapa selepas sah bergelar suami kepada ibu mereka. Kalau dah jodoh…

Perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok itu telah mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet. Rata-rata memuji pemuda berkenaan kerana mempunyai niat yang murni dan mendoakan agar mereka sekeluarga hidup harmoni hingga ke akhir usia.

“kalau dah nama nye jodoh.. Sape kite untk menidak.. Semoga di permudahn segala urusan kamu..” “Dulu nak kawan lame2 pon kadang putus tak sampai 4 bulan” “Allhamdullilah…rezeki jodoh mavt Allah dah tentukant”.

“Jodoh ditangan Allah siapa manusia nak menentukan semiga kekal kejannah aaminn”. “walaupun suami Sy muda 2 tahun je dari saya tapi saya pun rasa happy mcm ni”.

Sumber Ohmy media.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply