Pelakon Puteri Sarah Liyana, 37, memaklumkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sudah menetapkan tarikh perbicaraan kes saman terhadap wanita yang didakwa mengganggu rumah tangganya bersama pengarah, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar, tahun hadapan.
Ia sekali gus menjawab persoalan selepas bapa Ira iaitu Kazar atau Kazaruddin Saisi memberi kenyataan berharap mereka dapat berdamai.
Puteri Sarah berkata, dia tidak akan menarik balik dakwaan dan tetap mahu kes itu diselesaikan mengikut landasan undang-undang.
” Apa yang pasti, saya tidak akan menarik balik dakwaan dan meneruskan sehingga perbicaraan.
” Memang proses agak lambat sebab mahkamah sibuk, tetapi saya sudah dapat tarikh perbicaraan pada 25, 28 dan 29 Ogos, tahun depan.
” Walaupun perbicaraan tahun hadapan, perintah injuksi interim tetap berjalan. Sesiapa melanggar perintah, tetap akan kena dakwa.
” Alhamdulillah, saya rasa dilindungi. Saya bersyukur negara ada undang-undang sebab kalau tidak, mungkin saya berterusan ‘dilanyak’. Biarpun perbicaraan lambat lagi, saya okay dan boleh terus kehidupan seperti biasa sebab tak bersalah,” katanya kepada BH Online.
Pelakon drama Suri Hati itu kelihatan gembira berkongsi perkara berkenaan berkata, dia kini lebih tenang dan fokus kepada kerjaya serta ibu kepada dua cahaya mata.
” Jika dua tahun lalu, saya sentiasa sibukkan diri agar tidak berfikir mengenai masalah. Tetapi, sekarang saya sudah semakin matang dan bersyukur dengan rezeki melimpah-ruah.
” Saya tak mahu tolak ‘job’ kerana lakonan adalah jiwa saya. Pada masa sama, ada banyak juga tawaran ulasan produk.
Apabila saya tidak bekerja, saya akan meluangkan masa dengan anak. Itu adalah kebahagiaan saya sekarang.
” Jika orang bertanya adakah kebahagiaan berkaitan dengan suami, itu kita tengok macam mana nanti. Tetapi, buat masa ini, saya gembira dengan kehidupan saya,” katanya.
Bagaimana hubungan dengan Syamsul?
Mengulas hubungan dengan Syamsul, Puteri Sarah enggan mengulas lanjut.
Bagaimanapun, Puteri Sarah mengakui, suaminya ada bertemu dengan anak dan menjalankan tanggungjawab sebagai bapa.
” Dia masih berjumpa anak, menelefon dan membuat panggilan video bersama anak. Syamsul masih menjalankan tanggungjawabnya dengan memberi nafkah.
” Saya pula macam biasa, sibuk dengan kerjaya saya. Bila tiada dengan anak, Syamsul ambil giliran bersama mereka. Saya gembira Syamsul selalu meluangkan masa dengan mereka.
” Setiap minggu, saya pergi ke rumah ibu bapa mentua, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail sebab hubungan saya dengan mereka tetap baik dan mereka selalu rindu cucunya.
” Jadi, Syamsul akan datang berjumpa dengan anak apabila saya datang ke rumah keluarganya,” katanya.
Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.
Sumber:bharian
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.