“Ini Masalah Wanita, Ustaz Pernah Ke Rasa Sakit Beranak?” – Ustazah ‘Viral’ Selar Ustaz Azhar Idrus

Sebelum ini, penceramah selebriti terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus (UAI) tampil memberi penjelasan mengenai isu para suami dayus kerana membenarkan doktor lelaki menyambut kelahiran isteri bersalin.

Jelas Ustaz Azhar, di dalam perubatan apabila masuk sempadan darurat, hukum haram diangkat seketika kerana keadaan darurat itu membolehkan apa sahaja yang tidak boleh termasuk ketika isteri ingin bersalin memandangkan keadaan itu kritikal.

Allah sebut dalam al-Quran ‘Barangsiapa yang masuk situasi yang tidak boleh lagi membuat pilihan, bukan sengaja atau berlebih-lebihan, tidak berdosa’.

Bagaimanapun, kenyataan itu dibidas oleh Ustazah Siti Afifah yang mengatakan isu ini merupakan masalah wanita.

Minta maaf Ustaz Azhar Idrus. Ini masalah wanita tau ustaz, yang meletakkan hukum dayus, tanda-tanda lelaki dayus ni Allah Taala.

Malah, Ustazah Siti Afifah turut mempersoalkan Ustaz Azhar sama ada beliau pernah duduk dalam situasi wanita bersalin dan merasai sakitnya melahirkan seorang anak.

Ustaz pernah ke beranak? Apa tindakan ustaz sebagai seorang ulama? sebagai ahli ilmu? apa yang ustaz perjuangkan selama ini?

Bukan itu sahaja, pendakwah itu turut mempersoalkan tindakan Ustaz Azhar sebagai seorang ulama untuk mempertahankan maruah wanita.

Kami ni wanita-wanita di luar sana, walaupun suami mereka tak mampu. Tapi kami tak redha kami dijadikan bahan uji kaji.

Ustaz tahu tak sakit kena rodok macam mana? Bukan seorang, bukan dua orang.. kang nanti orang ni masuk. Belum lagi tangan yang bukan Muslim.

Video Full,

Antara komen netizen,

Susah klu nak menghadapi dan nak menuntut ilmu dgn seseorang yang macam ustazah ni, tidak memahami keadaan dan situasi seseorang mungkin dlm keadaan darurat dan buat ustazah yang amat bijaksana bersyarah hanya Allah SWT yg maha mengetahui nawaitu setiap insan..

Ustazah ni salah satu contoh yg org kata.. perempuan sentiasa nk menang/nk betul/x nk mengalah..padahal dah diberitahu jika masa darurat dibolehkan..kalau nk jugak tunggu doktor perempuan yg sambut tak pasal² dua² nyawa melayang…boleh pulak dia katanya UAI tak faham sebab bukan perempuan…nanti UAI tanya isu berkaitan lelaki kata dia tak faham sebab dia bukan lelaki mana mana pulak..susah org yg sentiasa nak menang tapi tak kena pada tempat…Islam itu mudah,dia nak jadikan susah..habis semua nak dikaitkan..Naya kalau berdebat dengan org mcm ni..

Saya seorg indian lahir n besar dimalaysia btl2 kurang fhm byk bab ini…setahu saya klu x ada doc pepuan dihospital n xmampu doc laki blh sambut kelahiran dgn ditemani seorg pembantu pepuan kot… Klu ckp bab maruah n aruat semua bangsa n agama mmg penting maruah … Saya susun 10jari klu slh ckp or bgi komen.. Tlg btl kn tq …aamin

Asalkan bayi selamat dan sihat sudah mencukupi. Ilmu yg diberikan oleh Tuhan kpd doktor samada lelaki atau perempuan adalah utk membantu dan melahirkan bayi dgn selamat dan sihat. Jangan pertikaikan ilmu yg diberikan oleh Tuhan. Kita diberikan option utk pilih akan tetapi terpulang pd diri masing-masing mengikut situasi.

Sambut kelahiran Anak dengan doctor perempuan.. jika tiada doctor perempuan Maka di bol3hkan guna doctor lelaki.. jika sekiranya keadaan darurat ( ketiadaan doctor perempuan) . Doctor lelaki di temani nurse perempuan.. , suami plak jika xnak doctor lelaki..gunalah bidan Kampong … Isteri saya doctor lelaki sambut kelahiran Anak saya .. sebab keadaan darurat ketiadaan doctor perempuan. Dan saya sgt memahami

Jadi ustazah pergilah sambung belajar , ambil Kos perubatan . Sampai jadi doc perempuan Sambut bayi di semua hospital di bumi .. Pecat semua doctor lelaki yang sambut bayi . Jangan lupa Buat free ya .. Niat kerana Allah ..

Sumber BN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply