Bekas Pelajar Henry Gurney Buat ‘Content’ Perangi L.G.B.T, Sekali Dipuji Sebab Mata Tak Melilau Bila Temubual Wanita Seksi

TINDAKAN seorang pemuda yang membuat video temubual bersama orang awam mengenai topik lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) ternyata mengundang perhatian netizen.

Hanya mahu dikenali sebagai Joker atau Mamu, anak jati Pulau Pinang itu menemubual 15 individu di sekitar ibu negara baru-baru ini sebelum berkongsi video berkenaan menerusi aplikasi TikTok.

Ujar content creator dan YouTuber berusia 23 tahun itu, dia mahu mendekati orang awam untuk menyelami isu LGBT yang dilihat semakin parah di negara Malaysia.

“Interview mengenai topik LGBT dibuat di sekitar Kuala Lumpur. Saya cuma nak tanya pandangan orang ramai. Saya interview 15 orang, tapi setakat ini baru tujuh video yang saya kongsi di TikTok.

“Setakat ini, saya hanya jumpa orang yang menentang LGBT sewaktu buat temubual. Belum jumpa yang pro LGBT. Saya hasilkan content ini kerana nak bercakap mengenainya, sebab tak nak ia jadi budaya di Malaysia.

“Ia merupakan budaya negatif dan tak sihat kepada adik-adik yang sedang membesar,” ujarnya ketika dihubungi mStar.

Saya hasilkan content ini kerana nak bercakap mengenainya, sebab tak nak ia jadi budaya di Malaysia.

Di aplikasi TikTok, video temubual Joker berkenaan topik itu dengan seorang wanita dikenali sebagai Nora turut mencuri tumpuan ramai.

Bukan kerana wanita itu mengeluarkan kenyataan kontroversi, tapi sikap Joker ketika berdepan individu seksi cukup menyenangkan.

Beberapa netizen memuji Joker yang menjaga pandangan matanya.

“Kita kadang-kadang nak buat benda baik, tapi hati yang kat rumah kena jaga juga. Takut balik tidur luar nanti,” ujarnya dalam nada berseloroh sebagai respons kepada pujian itu.

Berkongsi mengenai dirinya, Joker yang mendirikan rumah tangga pada 2020 kini mempunyai seorang cahaya mata perempuan berusia sembilan bulan.

Selain menghasilkan content dan berniaga pakaian, Joker yang juga bekas pelajar Sekolah Henry Gurney turut aktif menyampaikan ceramah di sekolah-sekolah dalam Malaysia.

“Saya masuk Henry Gurney kerana kes jenayah dan dadah. Masa tu umur belasan tahun, kita memerlukan tempat luahan, kasih sayang dan perhatian. Tapi saya tak dapat benda tu. Memang sedih.

joker2

Joker berkata dia sering menerima undangan untuk menyampaikan ceramah.

“Kita bawah umur, masuk tempat macam tu. Memang takut. Saya masuk masa umur 15 dan keluar ketika umur 21 tahun. Selepas keluar, saya nekad nak berubah,” ujarnya.

Berbekalkan pengalaman yang dikumpul dan keazaman untuk berubah, Joker mula bergelar YouTuber dengan harapan untuk memberi inspirasi kepada anak muda.

“Saya buat YouTube, saya nampak penerimaan orang semakin baik. Berubah 360 darjah kehidupan saya. Saya gunakan pengalaman yang ada untuk berkongsi ilmu dengan orang ramai.

joer4

Joker berkahwin pada tahun 2020 dan kini mempunyai seorang cahaya mata.

“Saya tak nak remaja lalui apa yang telah berlaku kepada saya. Saya tak mahu kenangan pahit saya jadi masa depan mereka.

“Jadi selain berkongsi dalam video, saya juga terima jemputan bagi talk di sekolah. Kalau sekolah kawasan Utara, memang saya pergi secara percuma. Tapi sekolah di negeri-negeri lain, saya ambil duit untuk pengangkutan dan penginapan.

“Saya seronok dapat berkongsi dengan adik-adik di sekolah. Saya banyak tekankan mengenai isu dadah dan jenayah. Saya juga nampak anak muda terjebak dengan LGBT, saya nak fight sampai habis,” ujar Joker lagi.

Video,

https://www.youtube.com/watch?v=85Q_ZZnLdOI

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply