Ini Kata Kata Teman Lelaki Arwahh Syazlin Ketika Pergi Ke Pengebumian Arwahh

Pelakon Syazlin Zainal telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat AU2, jam 10.10 malam, semalam.

Menerusi Instastory di Instagram (IG), teman lelaki kepada Allahyarhamah Syazlin yang merupakan seorang penyanyi rap kumpulan Forceparkbois iaitu Shaf_ pablo meluahkan rasa sedih atas pemergian pelakon itu.

‘Terima kasih untuk segalanya sayang’

Terima kasih untuk segalanya sayang, I tak akan lupa semua kenangan manis, suka duka gembira kita bersama. Allah pinjamkan you dekat I betul-betul sekejap.

I kena terima setiap yang hidup mesti akan merasa mati dan benda yang paling dekat dengan kita adalah kematian dan benda yang paling jauh dengan kita adalah hari semalam.

Siapa lah diri ini untuk menolak takdir, qada dan qadar. Walaupun berat I cuba yang terbaik untuk diri ini.

Dalam pada itu, dia berusaha untuk mengharungi liku-liku kehidupan berseorangan dan mendoakan agar arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Sayang, percayalah I akan cuba sedaya upaya yang I mampu untuk kuat harungi liku-liku kehidupan ini berseorangan tanpa mu sayang tapi semangat dan impian sayang akan ku bawa bersama sampai lah tiba masa i pula akan bersama you di sana kelak.

Allah lebih sayangkan you. Semoga roh sayang ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Tenanglah di sana sayang, kekasihmu ini akan selalu merindui mu. I Sayang you Syazlin Suhaizan Zainal. Al-Fatihah.

Minta henti spekulasi, mohon hormat keluarga Syazlin – Sepupu

Minta henti spekulasi, mohon hormat keluarga Syazlin - Sepupu

SEPUPU kepada pelakon dan selebriti media sosial, Syazlin Zainal iaitu Trisya meminta netizen berhenti membuat pelbagai dakwaan mengenai berhubung punca kematian Allahyarham.

Trisya menerusi hantaran di akaun Twitter miliknya berharap netizen dapat menghormati keluarga arwah.
“Ramai yang DM saya, maaf tak sempat nak reply. Semuanya masih dalam siasatan.

Stop buat kenyataan yang tak benar dan saya mohon hormat keluarga Allahyarhamah Syazlin Zainal. Biarlah keluarganya sendiri memberi kenyataan,” maklumnya.

Terdahulu, Syazlin ditemui meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 22 sebuah pangsapuri di kawasan Taman Iskandar, semalam.

Perkara itu juga disahkan oleh Ketua Polis Daerah Johor Bharu Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat.

Sumber : shaf_pablo via OhBulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply