KJ Dah Penat, Akhirnya KJ Luahkan Apa Yg Dia Rasa Selepas Dia Kalah. Ramai Yg Mendoakan Ini Kepada KJ

Calon Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin Abu Bakar ingin berehat dahulu, setelah penat menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Kesihatan dalam Kabinet yang lepas.

Beliau berkata dalam satu hantaran di Instagramnya, perjuangan tetap akan diteruskan walaupun telah tewas kepada calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Ramanan Ramakrishnan bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh.

“Adakah ini penghujung jalan? Saya agak pasti ia tidak, tetapi saya ingin merenung perkara ini sebelum saya memikirkan apa yang saya patut lakukan seterusnya.

“Sebenarnya, saya letih, saya tidak mempunyai masa untuk berehat sejak saya diminta menguruskan wabak Covid-19. Dua tahun yang sukar untuk saya mengemudi negara keluar daripada penyakit itu,” tulisnya.

Namun jelasnya, ia adalah satu keistimewaan untuk berkhidmat kepada negara pada masa yang kritikal dan beliau gembira Malaysia telah pulih lebih baik daripada banyak negara lain.

Dalam pada itu, beliau meluahkan kekesalan kerana dirinya telah mencuba sehabis baik, namun tidak cukup buat rakyat susulan kekalahannya dalam merebut kerusi Parlimen Sungai Buloh.

“Salah satu perkara yang paling menyedihkan tentang menjadi ahli politik ialah ‘disahkan’ secara terbuka setiap lima tahun.

Walaupun pilihan raya adalah asas kepada mana-mana demokrasi yang berfungsi, tetapi ia juga memberitahu ahli politik tersebut sama ada mereka cukup baik atau sebaliknya.

“Itu adalah hakikat yang anda perlu terima apabila rakyat menganggap anda tidak cukup bagus untuk mewakili mereka.

Kekalahan adalah satu kerugian, tidak kira berapa ramai datang pada saya untuk menyatakan kekecewaan mereka,” tulisnya kecewa.

Tambah Khairy lagi, beliau turut berharap calon yang telah dipilih bertindak dengan penuh hikmah dan belas kasihan kerana negara memerlukan kestabilan dan kepimpinan lebih daripada sebelumnya.

“Saya menantikan Piala Dunia di televisyen,” selorohnya mengakhiri luahan itu.

Antara komen komen selebriti kepada Khairy Jamaluddin mendoakan agar KJ jangan berputus asa..

 

 

 

Terdahulu, Parlimen Sungai Buloh menyaksikan pertembungan tujuh penjuru antara PH, BN, Perikatan Nasional, Pejuang, Parti Rakyat Malaysia dan dua calon Bebas.

Ramanan berjaya memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 2,693 undi berbanding Khairy Jamaluddin.

Sebelum ini penyandang kerusi Parlimen itu adalah R. Sivarasa mewakili PH pada PRU14.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply