Penyanyi Mamat Exists bergelar datuk selepas dikurniakan seorang cucu perempuan yang dilahirkan empat hari lalu.
Menurut laporan Harian Metro, bayi tersebut merupakan cahaya mata kepada anak lelakinya iaitu Mohd Eiki Daniel.
“Cucu sulung saya itu dilahirkan secara normal dan sangat comel. Namun, saya belum diberitahu namanya,” kata Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin.
Penyanyi berusia 44 tahun itu berkata, dia bagaimanapun belum sempat melawat cucunya kerana sibuk melakukan persiapan bagi Konsert Resolusi Exists yang diadakan di Zepp KL pada malam esok.
“Jadi, belum ada masa nak ziarah mereka yang tinggal di Damansara. Tapi saya sempat jumpa menantu sebelum dia bersalin
“Tengoklah pada situasi dulu sama ada saya akan pergi melawat selepas selesai konsert atau akan datang semula selepas itu kerana nak balik mengundi,” ujarnya.
Meskipun sudah berpisah dengan bekas isteri Marshila Mustapa Kamal pada 2009, Mamat berkata hubungan kedua-dua belah pihak masih dalam keadaan baik.
“Anak sulung dan bongsu belum berkahwin. Saya pun selalu juga berhubung dengan mereka. Setiap kali datang Kuala Lumpur, saya pasti akan jumpa mereka di rumah mentua.
“Saya bangga kerana dapat gelaran datuk. Kiranya saya makin tua sekarang. Sebenarnya tak pernah terfikir nak dapat cucu pada usia ini. Apapun syukur kerana ini anugerah daripada Allah.
“Ada cucu lebih bermakna kerana dikira ahli keluarga baru. Kehadirannya juga hampir dengan Konsert Exists Resolusi dan Pilihan Raya Umum.
“Mungkin ini satu tuah untuk saya teruskan karier dalam nyanyian dan bidang lain,” ujar bekas peserta program Gegar Vaganza musim pertama itu.
Selain Mohd Eiki, Mamat yang popular dengan lagu Rahsia Pohon Cemara turut mempunyai dua lagi anak iaitu Aleeya Mysara dan Dylea Mysara.
Sumber: Harian Metro (Ridzuan Abdul Rahman) , Instagram Mamat.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.