Netizen Simpati Nasib Yg Menimpa Reen Rahim Dan Keluarganya. Rupanya Reen Rahim Ada Rancangan Lain Tapi Terpaksa Dibatalkan

HATI Reen Rahim luluh apabila melihat keadaan rumah ibu bapanya yang bocor dilimpahi air selain pokok kepala di halaman rumah tumbang akibat angin kuat.

Reen atau Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, berkata, dia sudah menyimpan hasrat untuk menaik taraf rumah tersebut namun tidak menyangka kejadian itu menimpa keluarganya.

“Allahuakbar, hancurnya hati… niat tahun ini memang simpan duit sebab nak renovate rumah Umi sebab paling takut jadi macam ini,” katanya.

Reen berkongsi mengenai keadaan rumah ibu bapanya di Instagram pada Khamis.

Air menitis dalam rumah ibu bapa Reen Rahim.

Air menitis dalam rumah ibu bapa Reen Rahim.

Menerusi video yang dikongsi, dapat dilihat air menitis memasuki rumahnya di beberapa bahagian seperti ruang tamu dan dapur.

Tidak hanya itu, rumah ibu bapa pelakon berkenaan juga hampor dihempap pokok kelapa yang tumbang akibat angin kuat.

Dalam pada itu, Reen memberitahu kejadian tersebut akan membuatkan dia berazam untuk bekerja lebih keras bagi mengumpul wang membaiki rumah tersebut.

“Sudah tertulis jadi macam ini, mungkin ini buatkan saya lagi nak kerja kuat simpan duit untuk buat rumah Umi elok-elok. Doakan Umi dan abah kuat okay.

“Patut hari ini Reen bawa mereka jalan-jalan tapi confirm balik ni Reen kena ‘bersilat’ kemas rumah,” katanya lagi.

Reen Rahim bersama ibu bapanya.

Perkongsian itu mendapat perhatian dan simpati peminat yang mendoakan agar urusan keluarganya tersebut dipermudahkan.

“Allah uji, Allah sayang… semoga Reen sekeluarga tabah menghadapi ujian ini.

“Tidak mengapa Reen. Nanti Allah buka jalan rezeki untuk dapat lebih baik. Allah nak bagi lagi, dia akan bagi ujian lain dulu,” antara komen netizen.

VIDEO:

https://www.youtube.com/watch?v=460n4ALPPPw

Sumber : MSTAR ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply