Teruja Mengundi Buat Pertama Kali, Netizen Tegur Leona Tayang Kertas Undi Dekat Tiktok, Ini Kemungkinan Bakal Jadi Kepada Undi Leona

Seperti yang diketahui ramai, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona sedang menyambung pelajaran di United Kingdom (UK) sejak September lalu.

Pertama kali mengundi

Biarpun sedang berada di perantauan, Leona tidak lupa menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk mengundi.

Menerusi hantaran di Twitter, personaliti media sosial berumur 20 tahun ini memuat naik foto memegang kertas undi pos yang disediakan untuk pengundi luar negara dengan wajah teruja.

Dalam hantaran tersebut, rata-rata memuji dengan sikap bertanggungjawab Leona di samping cuba meneka parti yang menjadi pilihan.

Tak boleh ditayang

Sebelum itu, anak bongsu daripada tiga adik beradik ini dikecam gara-gara menunjukkan kertas undi kepada umum.

Rata-rata netizen mendakwa tindakan itu boleh menyebabkan undinya rosak kerana nombor siri dan maklumat pengundi sudah terdedah.

“Leona, kertas undi tidak boleh didedahkan kerana ada akta dan peraturan yang perlu dipatuhi, baik awak padam sebelum terlambat,” komen seorang pengikutnya di TikTok.

“Awak tidak sepatutnya mendedahkan kertas undi secara umum begitu sahaja apatah lagi kertas undi tersebut mengandungi nombor siri,” komen pengguna TikTok yang lainnya.

“Bila pertama kali mengundi sampai kertas undi pun ditayang, ini masalah Gen Z bila mengundi, kalau boleh hendak dibuat siaran langsung ketika mengundi,” komen pengguna yang lainnya.

Dalam sudut pandang lain, terdapat juga orang ramai yang berpendapat tindakan itu tidak menjadi kesalahan kerana kertas undian tersebut masih lagi kosong dan tiada tanda pangkah pada mana-mana parti yang dipilih.

“Biarlah dia hendak tunjuk sebab dia belum tandakan apa-apa lagi di kertas undi, lagi pula undi bukan rahsia lagi apabila ada nombor siri, jadi mereka boleh tahu kalian mengundi siapa,” tulis pengguna TikTok itu.

“Mungkin dia teruja sangat kot, lagipun saya rasa tiada salah apapun memandangkan kertas undian tidak ditanda lagi,” komen pengguna yang lainnya.

Kemungkinan undi akan rosak atau ditolak

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial menasihati Leona agar tidak mendedahkan kertas undinya dan memadam hantaran tersebut.

Selain itu, segelintir netizen turut mendakwa kertas undi tersebut kemungkinan telah pun rosak atau ditolak kerana terlihat jelas nombor sirinya.

 

 

Untuk rekod, Leona kini sedang melanjutkan pengajiannya di United Kingdom dan terpaksa membuat undian pos bagi PRU15

Bagaimanapun, selang beberapa minit video tersebut telah dipadam dari akaun TikTok miliknya.

Telefon Bimbit Tidak Dibenarkan Di Tempat Mengundi

Pengundi tidak dibenarkan untuk menggunakan telefon bimbit ketika membuang undi di tempat mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu infografik yang dimuat naik di platform social media mereka pada Rabu memasukkan perkara tersebut dalam 10 langkah pengundian perlu dipatuhi oleh pengundi ketika mengundi pada 19 November ini.

Larangan itu yang disenaraikan sebagai langkah keenam dalam maklumat grafik itu menunjukkan bahawa ia tidak dibenarkan, di mana pengundi akan diminta menyerahkan telefon bimbit kepada pegawai bertugas apabila mengambil kertas undi.

Selepas mengundi, pengundi akan kembali kepada petugas berkenaan untuk mengambil kembali telefon bimbit mereka ketika keluar dari tempat mengundi.

Ciri-ciri Undi Rosak / Undi Ditolak

Tahukah anda, istilah Undi rosak hanya terpakai kepada kertas undi yang TIDAKDIMASUKKAN dalam tempoh pengundian, manakala istilah KERTAS UNDI DITOLAK pulak berlaku semasa proses pengiraan kertas undi.

Contohnya kertas undi terkoyak secara tidak sengaja, itu istilahnya kertas undi rosak dan ia tidak dimasukkan ke dalam peti undi.

Ketika itu, pengundi boleh memohon kertas undi baharu dari Ketua Tempat Mengundi.

Ketua Tempat Mengundi atau orang yang diberikan kuasa olehnya hendaklah kemudiannya mengira kertas undi itu mengikut undian oleh pemilih bagi setiap calon dan hendaklah mencatatkan perkataan ‘ditolak’ pada mana-mana kertas undi yang ditolak sebagai tidak sah.

Ketua Tempat Mengundi hendaklah menolak sebagai tidak sah kertas yang berikut sahaja, iaitu mana-mana kertas undi:

  • Kertas undi tidak dicapkan dengan tanda rasmi
    Undi diberikan lebih dari satu calon
    Menulis perkataan pada kertas undi
    Kertas undi yang tidak bertanda dan tidak menanda di dalam kotak
    Pengundi tidak menunjukkan tujuan yang jelas pada kertas undi

Adakah Tanda Selain Pangkah Dikira Sebagai Undi Rosak?

SPR menjelaskan bahawa selain tanda pangkah ‘X’ pada kertas undi, tanda lain seperti titik juga boleh diterima sebagai undi.

Menurut Pengerusi SPR, syaratnya sesuatu tanda itu mestilah dibuat di dalam ruangan yang disediakan.

“Tulis (perkataan) tak boleh, tapi kalau ‘dot’, ‘tick’ atau apa tanda yang dibuat dalam kotak kita boleh takrifkan bahawa dia punya ‘intention’ (niat) adalah untuk memilih calon itu. Dalam garis panduan kita, apa tanda pun diterima tak semestinya pangkah tetapi jangan buat di semua kotak.”

Sumber: Twitter @@kasihirisleona/SPR

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply