Nad Zainal Semakin Stabil Tapi Doktor Tak Mahu Tergesa-Gesa Sedarkan Dia, Ini Sebabnya

SELEPAS tiga hari menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU), keadaan terkini pelakon Nad Zainal dilaporkan semakin baik.

Pengarah yang juga merupakan sahabatnya iaitu Shahrulezad Mohameddin memaklumkan Nad menunjukkan perkembangan positif, namun tidak dibenarkan menerima pelawat.

“Baru dapat perkhabaran keadaan Nad semakin baik berbanding semalam. Alhamdulillah dia semakin stabil.

“Cuma tidak boleh diganggu atau menerima pelawat kerana keadaan dia yang masih dalam pemantauan.

“Takut dibimbangi dijangkiti kuman yang lain pula,” katanya.

Shahrulezad berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Jumaat.

Nad Zainal masih alami pendarahan paru-paru, keluarga mohon doa - Kosmo Digital

Berkongsi lebih lanjut, Shahrulezad memberitahu bahawa Nad Zainal masih lagi ditidurkan untuk memastikan paru-parunya benar-benar pulih.

“Dia masih lagi intubated. Pihak doktor tidak mahu tergesa-gesa sedarkan dia kerana nak pastikan keadaan paru-paru dia kuat dahulu sementara doktor memantau dia.

“Jangan risau ramai doktor pantau dia,” ujarnya.

Cuma tidak boleh menerima pelawat kerana keadaan dia yang masih dalam pemantauan.

Shahrulezad mewakili keluarga juga meminta orang ramau terus mendoakan pelakon drama Cina Buta itu.

Malah, dia akan berkongsi perkembangan terbaharu mengenai keadaan kesihatan aktres itu.

“Pihak keluarga mohon agar doa buat Nad berterusan dan semoga Nad diberi kekuatan dalaman untuk dirinya sendiri.

Keluarga minta terus doakan Nad Zainal.

“Kalau ada apa perkembangan nanti saya akan kongsikan. Jangan lupa kongsikan doa untuk Nanad,” ujarnya.

Pada Selasa lalu, Nad Zainal dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Selangor akibat jangkitan kuman dan pendarahan pada paru-paru.

Antara komen2 netizen.

 

 

 

 

 

 

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Leave a Reply