Ungku Ismail tak mahu lagi ‘update’ kesihatan Nad Zainal, rupanya ada jadi sesuatu buat Ungku tawar hati

SEJAK hari pertama Nad Zainal dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman dalam paru-paru, rakannya yang juga aktor Ungku Ismail kerap berkongsi perkembangan terkini pelakon berkenaan termasuk kepada pihak media.

Bagaimanapun, Ungku Ismail Aziz, 36, meluahkan rasa kecewa apabila keperihatinannya disalah anggap oleh segelintir pihak yang mendakwa dia mengambil kesempatan untuk mempromosikan diri disaat ramai bimbangkan keadaan Nad yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Selangor.

Nad 2

Kecewa. Bila saya sentiasa ikhlas menyampaikan perkembangan terkini tentang Nad Zainal, ada pihak yang cuba rephrase cakap saya seolah saya ini batak dan gelojoh tentang perhubungan dan kerja.

“Seolahnya saya ini mengambil kesempatan daripada keadaan ini untuk promosi diri dan kerja sehingga ada kenyataan menyentak perasaan, menukil persoalan tentang akal dan kematangan saya,” katanya.

8456894659834

Ungku Ismail kesal tuduhan segelintir pihak.

Ungku Ismail berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya.

Dalam pada itu, Ungku Ismail berkata, permintaan mendoakan kesihatan Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin, 32, semakin menghilang apabila ada segelintir mengasak soalan peribadi yang membuatkan dia dan keluarga aktres itu kurang senang.

“Ada perkataan-perkataan yang saya tak ada sebut pun. Yang saya minta push, dengan heading provoke. Berdoa untuk Nad, hanya awalan sahaja.

“Pudar sudah, dijoloknya dengan hal peribadi yang tidak tepat dan ajakan berdoa itu menjadi minor dan tidak relevan.

“Ini sudah bukan apa saya mahukan untuk sebarkan berita tentang keadaan Nad. Nyawa dan kesihatan dia yang utama, keduanya emosi dan perasaan ahli keluarga, kawan-kawan dan beberapa pihak lain,” katanya.

Tambahnya, dia tidak akan lagi berkongsi perkembangan terkini aktres berkenaan kerana kecewa dengan sikap segelintir pihak yang lebih mahu mengorek kisah peribadinya.

Jelas Ungku Ismail, ini bukan masanya untuk menjaja kisah peribadi mahupun kerjayanya sebaliknya mahu memaklumkan perkembangan terkini tentang kesihatan sahabatnya itu.

“Dan saya yakin ini yang orang nak tahu bukannya benda merepek dan sensitif tanpa menghormati keperibadian masing-masing.

“Saya mulai hari ini tidak akan memberi apa-apa kenyataan perkembangan tentang keadaan Nad Zainal dan apa sahaja, sila rujuk pada sumber lain,” katanya yang memohon agar semua pihak terus mendoakan aktres tersebut.

Sumber Mstar .

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply