Lelaki Ini Pelik Baju Bau Macam Kena ‘Panggang’ Selepas Hantar Dobi, Dia Terkejut Besar Selepas Dia Periksa Belakang Mesin Kering Baju

Seperti sebuah ketuhar, siapa sangka mesin pengering baju di premis dobi layan diri dikatakan menggunakan gas asli seperti dapur memasak.

Begitulah perkongsian seorang lelaki di laman s0sial yang mendakwa dirinya mempunyai akses ke bilik operasi dobi layan diri.

Menerusi satu video, kelihatan beberapa tong gas yang biasanya digunakan untuk tujuan memasak, dijadikan fungsi bagi mengeringkan baju.

Ternyata di sebalik mesin pengering baju berkenaan, terdapat penunu api yang menghasilkan haba.Dalam video berkenaan, jelas kelihatan api berwarna oren sedang marak membakar.

Pendedahan tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang menyangka mesin pengering pakaian menggunakan tenaga elektrik untuk menjana haba.

“Aku pernah tanya pemilik dia, kenapa pakai tong gas dan bukan elektrik.Dia jawab mahal pakai elektrik,” kongsi seorang warga maya.Patutlah baju aku ada bau panggang,” ujar netizen lain secara berseloroh.

Bagai mana pun, video tersebut dipadam selepas menerima kec4man dalam kalangan netizen, terutama kebimbangan mereka tentang keselamatan.

Beberapa lap0ran berita dan video tular yang dikongsi netizen mengenai insiden mesin pengering baju di dobi yang menggunakan pengoperasian gas asli sedemikian.

“Bila basuh baju, pastikan check seluar kalau ada lighter sebab ada risiko boleh meletup kalau ada kebocoran gas. Elakkan duduk lama lama dalam dobi, lepas dah masukkan baju dalam dryer, pergi lepak dekat kereta, sebab kita tak akan pernah tahu.

“Kalau kedai dobi tu ambil remeh piawaian keselamatan, ia satu bencana waiting to happen,” demikian antara komen netizen.

Beberapa netizen turut mendakwa operasi dobi sebagaimana yang dipaparkan dalam video tersebut melanggar banyak piawaian keselamatan.

“Semua gas harus ada bilik sendiri di luar premis. Alat penggera jika ada kebocoran untuk cut off gas supply.Pemasangan piping juga harus ikut spesifikasi Suruhanjaya Tenaga (ST),” komen netizen.

“Dobi memang pakai gas pun. Tapi cara direct macam ni salah, buatlah report dekat Suruhanjaya Tenaga (ST).Tong gas semua kena duduk berasingan dekat luar bangunan dan ada penghadang dinding batu dari mesin pengering.

“Hanya paip gas je yang akan masuk connect dekat mesin dan harus ada pressure regulator,” ujar warga maya lain berkongsi pengalaman.

Menyuarakan kebimbangan, segelintir netizen turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

“Seramnya nak pergi dobi.Tiap kali basuh atau keringkan baju memang tak duduk la dalam dobi, risau sangat.Berhati-hati semua kalau nak pakai dobi layan diri lepas ni,” ujar warga maya.

SUMBER:MstarOnline

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Leave a Reply