PUAZMAN DIDAKWA LAGI SEKALI DAN INI PENGAKUAN PUAZMAN DIDEPAN HAKIMMAHKAMAH

Penceramah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman didakwa lagi atas tiga pertuduhan amang sek sual dan satu kelu cahan melampau terhadap tiga remaja lelaki di dua mahkamah berasingan di sini, hari ini.

PU Azman atau nama sebenarnya, Azman Syah Alias, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan itu di Mahkamah Sesyen dan Majistret itu.

Di hadapan Hakim Syafeera Mohd. Said, tertuduh yang lebih dikenali dengan panggilan Cik Man dituduh dua kes amang sek sual fizikal di sebuah inap desa di Sungai Udang di sini masing-masing pukul 12.15 tengah malam dan 1 pagi pada 20 Februari serta 29 Jun lalu.

usteru, dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dipenj ara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan huku man se bat, sekiranya disabitkan kesalahan bagi setiap pertuduhan.

Azman Syah yang masih bujang itu juga didakwa menggalakkan komunikasi secara sek sual melalui aplikasi WhatsApp dengan dituduh mengikut Seksyen 11 (1)(b) akta kesalahan-kesalahan sek sual terhadap kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun.

cik man sban 1

Perbuatan itu antara pukul 4 petang hingga 7.30 malam di sebuah rumah di Kampung Meru di sini pada 16 Ogos lalu.

Ini melibatkan dua mangsa yang merupakan remaja lelaki berusia 17 tahun.

Cik Man juga didakwa di hadapan Majistret Amirul Asyraf Abd. Rasid atas tuduhan melakukan perbuatan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki lain berusia 19 tahun di sebuah rumah di Jalan Sungai Bertek kira-kira pukul 9.15 malam pada 10 Jun lalu.

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 377d Kanun Keseksaan yang boleh dipen jara sehingga dua tahun sekiranya disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Qistini Qamarul Abrar dan Azman Syah diwakili Peguam Fahmi Adilah.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan keseluruhan RM24,000 bersama penjamin dan syarat tambahan tidak mengganggu mangsa, keluarga dan saksi pendakwaan selain melapor diri di balai polis berhampiran rumah setiap awal bulan bermula bulan ini.

Sebutan semula bagi kesemua kes ditetapkan pada 12 Januari tahun depan.

Sedikit info PU Azman,

Azman Shah Alias (lahir 3 Januari 1981) atau lebih dikenali sebagai PU Azman ialah penceramah bebas, pengacara dan pelakon lelaki Malaysia. Bakatnya dicungkil menerusi rancangan TV realiti terbitan ASTRO, Pencetus Ummah musim kedua.

bunya, Fatimah Taat meninggal dunia pada 2017. Beliau pernah belajar di Maahad Ahmadi, Gemencheh, Negeri Sembilan.

Suria FM tamatkan segmen kerohanian kendalian PU Azman

PU Azman menjadikan bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tok Guru Nik Aziz Nik Mat sebagai tokoh yang dikaguminya.

Beliau memulakan kerjaya awal sebagai pendakwah bebas.

PU Azman terpilih sebagai salah seorang daripada 10 peserta Pencetus Ummah musim kedua di Astro Oasis, dan beliau dinobatkan sebagai juara. Beliau paling dikenali menerusi watak Cik Muiz dalam drama Lelaki Kiriman Tuhan lakonan Remy Ishak dan Mira Filzah, seterusnya muncul dalam rancangan Jozan kendalian Johan dan Zizan Razak.

PU Azman muncul sebagai Tuan Fadhil dalam drama Sweet Dreams lakonan Mira dan Ben Amir. Sejak 2019, beliau merupakan pengacara rancangan Belaian Kasih di TV AlHijrah.

Video,

Sumber Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply