Anak ‘Sleepcall’ Dengan Pakwe? Ramai Puji Sharifah Zarina Sporting & Memahami

Sebelum ini, anak kepada penyanyi, Sharifah Zarina iaitu Athalia Deena Baswani menjadi bualan hangat netizen gara-gara memuat naik video berpelukan dengan seorang lelaki di aplikasi TikTok.

Pun begitu, baru-baru ini, nama anaknya itu kembali meraih perhatian ramai apabila menerusi sebuah video pendek yang dimuat naik oleh Zarina di laman TikToknya, kelihatan anak gadisnya itu sedang ‘sleepcall’ bersama seorang lelaki yang dipercayai teman lelakinya.

Dalam video berkenaan, penyanyi yang berusia 41 tahun itu masuk ke dalam bilik anak gadisnya yang sedang nyenyak tidur sambil membuat panggilan video bersama seorang lelaki.

“Tabahlah mak!” ujar Zarina ringkas di ruangan kapsyen.

Sportingnya Zarina dengan anak, untung la!

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan memuji sikap dimiliki Zarina yang tidak memarahi dan memahami perasaan anak gadisnya itu yang berada di fasa menjalin hubungan percintaan.

 

 

 

 

 

 

Kalau mak ayah aku, dah lama kena ‘bantai’!

Malah, netizen turut berkongsi pengalaman ketika ‘sleepcall’ bersama kekasih dimana mereka akan dimarahi oleh keluarga masing-masing jika tertangkap membuat perkara sedemikian.

Tidak kurang juga, ada netizen yang meluahkan rasa ingin tahu bagaimana Zarina mempunyai pemikiran terbuka seperti itu memandangkan mereka akan dipukul oleh ibu bapa sendiri jika ‘kantoi’ tidur bersama kekasih secara panggilan video.

 

 

 

 

 

 

Video,

Sumber: TikTok @realsharifahzarina

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply