Tahu Kisah Sebenar, Kakak Haqiem Stopa Buka Cerita Apa Yang Jadi

Kakak kepada ikon permotoran, Haqiem Stopa meluahkan kekecewaan apabila adiknya menjadi mangsa aniaya oleh seorang wanita yang dipercayai bekas kekasih atas tuduhan ugut untuk menyebarkan foto dan video lucah.

Doa orang dianiaya selalu termakbul, kebenaran pasti terbongkar

Walaupun dihimpit dengan pelbagai spekulasi, wanita itu tetap tidak menyerah memberi sokongan kepada Haqiem dan menegaskan mereka akan membongkarkan kebenaran juga suatu hari nanti.

Dalam pada itu, wanita berkenaan meluahkan kesyukuran kepada mereka yang masih mempercayai dan mendoakan urusan adiknya dipermudahkan.

Malah, dia juga sangat berterima kasih kepada individu yang merancang bagi menganiaya adiknya sehingga maruah mereka sekeluarga tercemar.

“Terima kasih juga kepada yang merancang dan menganiaya dia. Doa irang aniaya ini selalunya makbul.

“Harap korang bersabar dulu. Dia ada sahaja. Satu sahaja saya minta, tolong kuatkan dia, nasihatkan dia, naikkan semangat dia. Ada hikmah disebalik kejadian,”tulisnya dalam hantaran di laman TikTok.

Biodata Haqiem Stopa, Personaliti TikTok, Ikon Permotoran Malaysia? | Iluminasi

Kakak tahu kisah sebenar

Tidak berpihak kepada sesiapa, wanita itu memberitahu dia tahu cerita sebenar yang berlaku. Lantaran itu, dia meluahkan kekesalan apabila bekas kekasih adiknya sanggup ‘menghukum’ Haqiem Stopa sedemikian rupa.

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok, wanita berkenaan turut memberi nasihat kepada golongan lelaki di luar sana supaya tidak terlalu bodoh tergila-gilakan seseorang atas dasar cinta.

“Sebabkan kebodohan kau, kau kena seperti ini. Aku harap benda ini jadi iktibar buat semua orang. Jangan terlalu sayangkan perempuan. Kau akan jadi bangang gila,”ujarnya.

Kenapa perlu jahanamkan hidup dia?

Apa yang dikesali oleh wanita tersebut adalah individu berkenaan yang pernah bertakhta di hati adiknya sanggup berbuat sedemikian sehingga mempersoalkan ‘alasan’ bekas kekasih Haqiem Stopa tidak berbincang terlebih dahulu.

“Kau tak kena gaya (cara). Orang tu (Haqiem) bercinta dengan kau (bekas kekasih) bertahun-tahun, selepas itu bertunang dan dalam masa perhubungan korang ada sahaja yang tidak kena.

“Tapi, apabila kau jumpa dengan jantan lain, kau dah jadi panas dengan budak ni (Haqiem). Setiap kali jumpa, gaduh. Tak mengapa kalau kau pergi ke orang ketiga. Tetapi, kenapa kau perlu jahanamkan hidup dia (Haqiem),”ceritanya.

Terdahulu, Haqiem Stopa mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan menyimpan gambar dan video lucah bekas teman wanitanya dalam dua telefon bimbit miliknya dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 292(a) dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Video,

 

Sumber: TikTok @ladypaint86

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply