Lepas 10 Tahun Kahwin Tiba Tiba Satu Pagi Tu Suami Minta Sesuatu Kat Isteri Dengan Alasan Yang Tak Masuk Akal. Terkedu Isteri Bila Dengar Permintaan Suami

Hai salam kepada semua pembaca. aku baru dilepaskan.. alhamdulillah aku dilepaskan dengan cara baik. kisah bermula sehari sebelum raya baru2 ni pagi sebelum raya orang lain sibuk nak melemang.

Merendang Buat ketupat laki aku pulak pagi tu dok ketar kepala tegedk2 nak mintak kawin sorang lagi. sebagai seorang isteri.

sapa tak marah. Sapa tak kecewa. sapa tak sedih tiba2 tak ade angin tak ada ribut nak kawen.. Nak kawen dengan sapa.? bila kamu jumpa? kenal kat mana? langsung aku tak tau. bijaknya lelaki kan? 10 tahun percaya tiba2 hilang sekelip mata.. tak ada angin tak ada ribut. alasannya mudah. aku suka gadged.. aku tak layan dia.. aku tak jaga makan pakai.

tapi bila dipikirkan balik. Selama ini dia makan apa? Dia pakai baju apa? dia tidur atas apa? sapa yang buat semua tu? hantuuu kak limah ke? Dulu tak laki aku saiz x tapi sekarang ni dah jadi saiz XL. Ehh Sapa yang jaga? Hantu kak limah jugak ke ? Aku kenal dia dari kosong sampai la sekarang. aku malas lah nak cakap dia pangkat apa.. dari susah sampai dah mula hidup senang.

Dia tinggal aku macam tu je. sekelip mata Allah tarik semua dari aku.. aku mintak dia buat pilihan aku atau Dia. dia tak boleh nak buat keputusan.. dia tetap nak juga dengan yang sana. aku ambik jalan selamat aku tarik diri.. baru je sebulan benda ni jadi dan dengan mudah dan dengan sekali lafaz aku dilepaskan dengan talak 1… macam tu saja. Tak ada alasan kukuh lain.

Terbaru ni pula.. mak sedara bekas laki aku contac aku cakap bekas laki aku cakap pada sedara mara bila dia tak dak kat kem aku melayan jantan.. ya rabbi.. fitnah apakah itu? sepanjang sebulan aku kat kem dan kawan2 baik bkas laki aku banyak sangat tolong. Kawan baik dia.. bukan kawan baik aku.. dia kat mana masa tu. Dia abai aku seolah2 dah tak de ikatan.. mungkin orang lain boleh faham dan orang tau apa yang jadi bukan salah aku. tapi aku tak salahkan pon bekas laki aku tu.. mungkin pada mata dia..aku tak pandai jaga dia.

tapi pada aku. aku dah buat sehabis boleh.. lillahiitaaala aku buat semua benda Iklas untuk kamu. Walaupon kita dah tak dak apa2. aku tak simpan dendam. Yang jadi biar lahh. teruskan lah hidup macam biasa. Cuma agak susah untuk aku. sebab aku tak Punya apa2 mak abah pon dah lama pergi dulu.. pada yang merampas aku tak kisah awak nak kan suami aku.

Awak ada harta awak ada rupa awak ada segalanya.. perlu lagi ke nak kan suami orang. mula2 dulu aku pikir nak viral muka kamu tapi apa aku dapat. buang masa je. tau tak sebab apa aku tak nak jumpa kamu.. tak nak srng kamu.. walaupon kita dekat aku boleh sangat2 kalau nak buat… tapi jatuhlaa standart aku nak pegi jumpa orang macam kau.. bodh la aku kalu nak begdh kerana seorang lelaki.. sebab tu aku ambil keputusan aku diam dan aku biar jee kamu dating depan2 mata aku..

aku tau dan aku nampak selalu. Berkali2 juga hancur bederai hati aku… rasa nak pengsan kat situ. Tapi aku kuatkan semangat.. aku tak duduk sorang2.. aku cari kawan2 aku. aku cari semangat aku balik. aku buat seolah2 tak dak apa yang jadi.. padahal dalam hati Allah saja yang tahu.. aku perempuan kamu pun perempuan sikit pon kamu tak jaga hati wanita lain.. kita Sama2 perempuan kak.. sepatutnya hormat perasaan orang lain.

Kalau nak pun sabar la. Tunggu selesai semuanya. ambik la. dating la ceruk mana kamu nak duduk. aku tak nak mendoakan yang buruk2 untuk kamu berdua. biar lah apa yang dah jadi jadikan pengajaran untuk diri aku sendiri. cuma pesanan untuk kamu. Mintak doa la pada tuhan…

supaya hidup kamu jangan merana macam aku bila satu hari benda yang sama jadi pada kamu atau anak2 kamu. baik kamu doa dari sekarang kak. Mintak kawan2 kamu tolong aminakan sekali. jaga2 kak sebab kifarah Allah ni selalunya cepat..

Sedihnya Bila Isteri Sanggup Bergadai Barang Kemas Demi Nak Bantu Suami. Tapi Akhirnya Ini Pilihan Suami Buat Isteri Menyesal Seumur Hidup.

Gambar Hanya Sekadar Hiasan. Salam semua saya nak luah perasaan saya, sekarang keadaan saya kembali murung saya taktau bila akan baik, tersiksa btin saya bila saya diuji lagi dengan suami. Ujian sebegini buat saya tersksa dan takut. terasa diri teraniaya sangat, saya korban kerjaya saya untuk berbakti pada suami ketika dia dalam kesempitan. jawatan dalam kerajaan saya lepaskan untuk penuhi permintaan dia, sayu jugak hati saya bila saya dah berhenti kerja saya tiada gaji bulanan.

Masa tu saya fikir anak tak ade orang nak jaga, nak upah pengasuh tak mampu, mak suami sakit Masa tu, biasa suami upah mak dia jaga cucu, dengan keadaan anak sulung yang sakit sawan, saya fikir berhenti lebih baik dan bekerja di rumah. Apabila Saya bekerja di rumah, kerja saya Makin bertambah dengan nak urus rumah anak2 dan jugak perniagaan Saya. Saya sering mengadu dekat suami penat la nak buat semua kerja takde bantuan abang. Mula2 saya cakap elok bila dah lama2 saya jadi memberontak Dan marah2 suami.

Saya sibuk kesana ke Mari usung anak 4 orang, suami sibuk dengan kerja dia. dia pulang malam nak rehat sedangkan saya tiada rehat lagi, hidup saya stress sangat. Suami pun stress jugak bila saya asyik marah dia. Kami kerap bergaduh, mungkin jiran2 pun dengar saya menjerit Dan menangis. Saya rasa hubungan kami makin renggang, kurang komunikasi dan jarang berkongsi masalah. Saya tak tahu nak baiki macam mana lagi sebab suami tak faham.

Kadang harini elok, esok jadi semula. Suami pun bosan dengan saya tapi dia tetap tak berubah untuk ringanakan beban saya ini, tak nak tolong saya buat kerja rumah. Saya rasa sangat sedih. pergaduhan kami ini sampai untuk berpisah. Saya sering ditinggal keseorangan hidup suami dengan hp sahaja. dia buat saya macam tak wujud, saya Cuba ambik hati dia, supaya tak bergaduh tapi perbuatan dia buat saya sakit hati.

Musim pkp lagi teruk kami brblah, bangun pagi balik malam, Suami seorang guru, saya sorang2 buat kerja berniaga sebab suami tak cukup duit nak tampung kami. Suami buat loan banyak untuk business tapi tak berjaya. Sambil berniaga saya menangis perlukan suami, saya tak tau ape yang dia sibuk sampai tiada Masa untuk saya. Semasa Hari Raya pertama saya dapat tahu dia dah Ada org lain, kekasih dia dulu Masa sekolah. patut la selama ini dia menjauhi Saya dia dah Ada tempat untuk bermanja.

Selama ni saya bersusah payah sebab sayang. Rupanya bukan saya yang dia sayang. Dia friend fb perempuan tu, semua dia like kekasih dia janda anak 3 yang baru bercerai. Dia berkasih sayang dengan janda tu, dia tak pernah ucap kata sayang pada saya, dekat perempuan tu siap love semua. Lagi pedih semua gambar saya dah takde dlm fb dia. sampai hati dia buat Kat saya mcm ni, saya korban semua hidup saya Demi dia.

Dia takde duit Saya hulur duit walapun sikit. Tak ade makanan Kat dapur saya berkerja keras niaga, sebab saya tak nak dia lapar balik tiada makanan untuk saya masak. bagi saya dia adalah nyawa saya, dia yang jaga saya selama ini. Walaupun dia tak ade duit nak bagi saya, saya redha dengan kehidupan susah senang bersamanya. Saya menangis sampai sakit kepala dan lemah tak makan berhari2. Kenapa dengan perempuan itu yang dia sayang, dia sanggup nak buang Saya sebagai isteri dia.

Saya merayu pada dia jangan tinggal saya Dan anak2, kesian la Kat saya sebab kami tiada tempat nak tinggal dengan anak2. mak ayah di kg susah, tapi dia janji nak bagi duit Kat saya Dan anak2. jatuh terdudk saya mendengar penjelasan dia ingin Kan kekasih dia itu, saya rasa bodo saya kerana terlalu sayangkan dia saya berhenti kerja kerajaan. Dia dah tak SAYANG saya lagi. Tiada lagi cinta kami dahulu, anak2 lahir dari rasa cinta bukan paksaan, hidup rasa kosong tiada rasa ape2.

Sekarang terjawab persoalan saya, Kenapa dia tinggalkan saya keseorangan untuk lari jauh bercinta dengan org lain. perempuan tu penuh dengan pujian Sekali pun dia tak pernah puji saya macam tu. Hari jadi saya dia tak ucap Kat fb tapi perempuan itu dia ucap. Semuanya sebab dia tak sayang saya lagi. Hati dia masih dengan kekasih lama. banyak Kali diuji sebegitu rupa. Barang kemas semua saya jual untuk tolong dia sampai saya tiada segalanya tapi dia sanggup suruh mak dia pergi beli sarung cincin sebab nak kawin lain.

Dia dah lupa pada saya, lupa pada kesetian saya menunngu dia pulang. bila Saya lihat wajahnya saya menangis kesedihan, sayangnya pada dia tak berubah, Saya bukan takut berpisah nga dia sebab duit tapi sebab saya Tak boleh hidup tanpa dia walau sekejap. waktu tido, saya bangun malam2 saya tatap wajah dia, saya cium dia walaupun kami brblah. Saya maafkan abang, pimpin la saya ke Jalan Allah.

Saya berutung sebab keluarga suami memang marah betul dengan tindakan dia, mak suami selalu pujuk saya untuk bersabar Dan mintak pertolongan Allah. Untuk suami ku tersayang. Aku tak pernah berhenti mencintaimu, sampai ajl memisahkan kita, Aku bukan isteri impian hidupmu, aku memang jauh dari kata sempurna, andai kata aku kau tak perlukan lagi, aku akan pergi. Cari lah aku ketika kau susah atau sakit, aku rela menjagamu sayang.

SUMBER:KRT

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply