Dulu Gaji Mewah Sampai Beli 7 Kereta,Tak Sangka Sekarang Ini Nasib Pemain Kedah Ini

Zaman kini, kerjaya sebagai pemain bola sepak telah menjadi impian semua orang. Mana tidaknya, selain daripada dapat menjadi bintang bola sepak, kerjaya sebagai pemain bola sepak profesional turut menjanjikan pendapatan yang lumayan sehingga mencecah puluhan ribu ringgit sebulan. Begitulah yang dikongsikan oleh pemain Kedah FA ini, namun sisi sebenar, kita masih belum mengetahui apakah realiti sebenar yang dihadapi oleh seorang pemain bola sepak.

Pengalaman yang lampau telah menginsafkan serta memberi banyak pengajaran kepada pemain pertahanan Kedah Azmeer Yusof . Beliau pernah bertindak diluar batasan apabila menjadi seorang yang ‘gila kereta’ sehingga sanggup berbelanja mewah semata-mata untuk membeli kereta idaman.

Disebabkan kesilapannya itu, Azmeer tampil berkongsi di media sosial tiktok dan cuba menasihati para pemain bola sepak terutamanya yang bergaji besar supaya tidak terlalu boros dan asyik menghabiskan duit kepada perkara yang tidak mendatangkan hasil. Kesilapan itu juga dianggap satu perbuatan yang tidak berfaedah dan tidak menjanjikan masa depan yang baik dari segi kewangan seorang pemain bola sepak.

Mulianya hati Azmeer

Pemain yang berusia 30 tahun itu berkongsi, sebaiknya mereka tidak ada keperluan pun untuk memohon kad kredit kerana jika seseorang itu tidak mempunyai disiplin untuk membayar hutang, pasti akan mengundang masalah di kemudian hari. Beliau turut berpesan supaya jangan cuba-cuba memohon pinjaman peribadi.

Azmeer Yusof Umum Persaraan Dalam Karier Bola Sepak Pada Usia 30 Tahun

Antara nasihat Azmeer Yusof adalah ” kurangkanlah membeli belah barang-barang yang mahal tetapi akhirnya tidak digunakan dan beliau mencadangkan beli emas. Keperluan insurans juga perlu sebagai kaedah perlindungan dan cubalah berhenti merokok, semasa duit tengah ada, ambillah peluang untuk membeli rumah” kongsinya.

Beliau baru sahaja menyambut hari lahirnya yang ke-30 pada Isnin yang lalu, dan turut terkenang akan kesilapannya yang lalu. Azmeer turut mengaku pernah menikmati kehidupan yang cukup mewah sebagai seorang pemain bola sepak profesional, pada masa itu beliau langsung tidak berfikir panjang untuk cuba menyimpan dan beli rumah atau melabur dalam apa-apa instrumen untuk perancangan kewangan di masa hadapan.

” Saya dulu pernah beli 7 kereta dan sehingga saya berumur 30 tahun kini, saya masih tidak dapat langsaikan hutang.

“Saya rasa, sayalah manusia paling bodoh di dunia kerana dengan hasil gaji yang lumayan bermula dari tahun 2009 sehingga 2019, saya sepatutnya telah menyelesaikan semua hutang itu sehingga langsai namun saya gagal mencapainya” Kongsi Azmeer mengakui kesalahannya.

Antara kesilapan yang tak masuk akal pernah dilakukannya ialah memohon sehingga 5 kad kredit untuk berbelanja sesuka hati, Azmeer juga membuat kesilapan dengan membuat pinjaman peribadi dan membeli sebuah kereta Satria Neo, Honda City, Mitsubisihi Lancer, Audi, Honda FD, Toyota Vellfider dan D-Max.

Kesilapan membeli kereta terlalu banyak dan hutang yang bertimbun-timbun akhirnya membawa padah apabila permohonan pinjaman rumahnya gagal mendapat kelulusan. Hal ini kerana rekod pinjaman dalam CCRIS meliputi hutang kad kredit dan pinjaman peribadi.

“Selepas menghadapi situasi itu, saya membuat keputusan untuk menjual semua kereta yang saya miliki kecuali Vellfire kerana sudah meniatkan untuk kegunaan ibu bapa saya. Saya cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan hutang kad kredit dan pinjaman peribadi.

“Jika dilihat sebelum ini, jumlah komitmen bulanan saya mencecah RM10,000 sebulan, namun kini ia sudah dapat dikurangkan dan tidaklah merisaukan saya atau pening kepada kalau tib-tiba gaji tidak masuk atau apa-apa perkara yang terjadi pada karier bola sepak saya.

“Apa yang telah berlaku ini sebagai pengajaran buat saya, Allah telah menghadiahkan sebuah rumah sendiri kepada saya di Alor Setar. Semoga asbab dari sebuah rumah ini, menjadi pemangkin untuk saya kembangkan lagi dengan cara menambah aset pembelian rumah-rumah lain dengan izin Allah” Kongsi beliau.

Perkongsian Azmeer Yusof ini ternyata satu peringatan buat kita semua, bukan sahaja untuk para pemain bola sepak yang sedang menikmati gaji lumayan saat ini, tetapi untuk semua mereka yang mempunyai kemewahan pada ketika ini. Nasihat Azmeer adalah sebagai tindakan untuk kita sentiasa berjaga-jaga dan merancang kewangan dengan sebaiknya supaya pengakhiran karier tidak membebankan kita dengan hutang.

Kita juga boleh bersara dengan tenang dan mempunyai sumber kewangan yang stabil walaupun sudah tidak bekerja dengan gaji yang lumayan lagi.

Sumber AMMAR

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply