“Wife Dia Mcm Neelofa.. Alhamdulilah Yas Buat Pilihan Tepat..” Bekas Suami Zarina Anjoulie Bernikah Lagi, Pilih Wanita Berpurdah Sebagai Isteri..

Sejak kebelakangan ini, nama Zarina Anjoulie atau biasa disapa Anju kembali diperkatakan apabila tampil dengan teman lelaki baru. Hubungan percintaan mereka dikatakan mendapat restu daripada peminat apabila terlihat yang selebriti itu begitu bahagia.

Masing2 dah ada pengganti

Anju yang pernah berkahwin dengan seorang lelaki dikenali sebagai Eilyas Azhar telah mengejutkan ramai memandangkan rumah tangga yang dibina bertahan hanya beberapa bulan sahaja.
Terdapat beberapa kontroversi juga melibatkan mereka sebelum sah berpisah di sekitar Mei tahun lalu.

Sudah menamatkan zaman duda

Bekas suami pelakon Zarina Anjoulie iaitu Eliyas Azhar atau Yas mengumumkan baru sahaja mendirikan rumah tangga.

Berita itu dikongsikan Yas melalui entri di media sosial miliknya hari ini dan difahamkan pernikahan telah berlangsung sebulan lalu berdasarkan sebuah video bertarikh 20 November 22.

Namun, menerusi perkongsian terbaru bekas suami Anju yang biasa disapa Yas itu, dia telahpun menamatkan zaman duda apabila telah dua minggu bernikah dengan wanita pilihannya.

Menurut lelaki terbabit di Instagram, isterinya itu menerima segala kekurangan diri dan sanyat bersyukur dipertemukan.

“Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang dengan izin-Nya, kami telah dipertemukan dan disatukan dalam ikatan yang sah.

“Semoga Allah berkati kehidupan kita semua. Kehidupan di dunia hanya sementara, yang kekal hanya akhirat.

“Manfaatkan masa, diri dan harta kita untuk kehidupan akhirat yang abadi.

“Sebaik-baik hiasan di dunia adalah wanita solehah. Terima kasih menerima diri yang serba kekurangan ini,” tulisnya.

Antara gambar pernikahan Yas,

 

 

 

 

Bersyukur dipertemukan dengan isteri

Dia turut meninggalkan sedikit pesanan dengan mengatakan sebaik-baik hiasan dunia adalah wanita yang solehah. Jadi, dia mahu memanfaatkan masa, diri dan harta untuk kehidupan akhirat yang abadi.

Selebihnya, Yas berharap agar Allah S.W.T terus meredai perkahwinan kali ini dan sangat bersyukur apabila mereka dipertemukan kemudian bergelar pasangan suami isteri.

Cantik dan kacak!

Menjengah ke ruangan Instagram, rata-rata warganet telah meninggalkan komen mengucapkan tahniah kepada lelaki berkenaan dan ada diantara mereka merasakan Yas membuat pilihan yang bijak.

Mereka turut mendoakan agar hubungan perkahwinanya terus bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Semoga berkekalan hingga ke anak cucu

Cukup sendiri nilai kecantikan isteri

Antara Komen2 lain,

 

Baru sesuai dengan kehendak family

 

 

 

 

 

Dari jauh seiras Neelofa

 

 

 

Untuk rekod, Yas dan Anju pernah berkahwin pada 20 Julai 2020 namun berpisah kali pertama pada Februari dan bercerai kali kedua pada Mei 2021.

Sumber: Instagram @yasvger7_

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

 

Leave a Reply