Pelakon Zarina Zainuddin, 52, berang dengan tuduhan netizen yang mendakwanya membuat pembedahan hidung, baru-baru ini.
Perubahan hidung pelakon drama Teduhan Kasih itu mula menjadi perhatian ketika Zarina mempromosikan festival makanan di Singapura, beberapa hari lalu.
Ekoran bentuk hidungnya kelihatan berbeza, pengikut dalam laman Instagram tertanya-tanya, seterusnya meninggalkan pelbagai komen ‘menuduh’ ibu kepada empat cahaya mata itu membuat pembedahan hidung.
Tidak tahan spekulasi dilemparkan, Zarina akhirnya bersuara menerusi video pendek dimuat naik dalam IG menjelaskan keadaan sebenar. Zarina berang dengan netizen yang suka menuduhnya tanpa usul periksa.
“Saya baca macam-macam komen. Bagi yang tak mengenali, saya ada masalah sinus yang teruk dan migrain.
“Sampai satu tahap rasa hendak buka tudung sebab terlalu sakit kepala. Ada masanya sampai rasa hendak menghantuk kepala ke dinding.
“Saya jumpa doktor dan buat pembedahan untuk mengeluarkan bendalir dibawa mata. Anda boleh nampak kesannya, ingat saya sengaja nak hidung macam ni?,” katanya.
Zarina mengakui, hidungnya dulu sudah cantik, tetapi masalah ini juga membuatkannya selalu sakit kepala dan jadi hendak marah sehingga mengganggu kerja.
“Saya buat pembedahan kerana masalah kesihatan. Bagi yang tak tahu menahu, jangan sesuka hati komen.
“Saya minta netizen buat fitnah ini jumpa saya untuk mohon maaf sebelum meninggal dunia atau terpaksa merangkak mencari saya di akhirat kelak. Ingat saya hendak hidung seperti ‘b**i?’ tempelak Zarina.
Tambah Zarina, dia tersinggung dengan komen tanpa usul periksa sehingga membuatkannya asyik menangis dan sakit kepala.
Katanya, anaknya Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan atau Azal juga menghadapi masalah sama.
“Azal pun alami masalah sama, tetapi saya tak sanggup nak buat pembedahan disebabkan keadaannya begitu. Jadi, Azal hanya makan ubat.
“Saya terima keadaan saya. Jika anda sayangkan saya, tolong doakan.. Jangan hanya sedap cakap, hati orang terluka ‘korang’ masih boleh ketawa,” tulisnya.
Video,
Terdahulu,
“Kenapa Lain Sangat” Netizen Terkejut Perubahan Wajah Zarina Zainuddin.
Baru-baru ini, p3lakon Zarina Zainudin t3lahm3ngkongsikan s3buah vid3o m3mpromosikan p3njualan pulut kuning di s3buah booth di Singapura. Apa yang m3njadi p3rhatian adalah banyak yang m3ngatakan bahawa t3rlihat p3rubahan pada b3ntuk hidung p3lakon t3rs3but.
B3b3rapa n3tiz3n juga m3ngatakan bahwa itu hanya filt3r yang m3mbuat hidung t3rlihat l3bih mancung. Rata-rata n3tiz3n juga tidak k3tinggalan untuk m3ngisi ruangan kom3ntar d3ngan m3ngatakan bahawa wajah s3b3lumnya t3rlihat l3bih cantik daripada wajah s3karang.
Komen netizen,
Sumber BOOM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.