Nabila Razali Terasa Selepas Kena Komen Tak Boleh Nyanyi `Live`, Atu Zero Akhirnya Muncul Minta Maaf -“Apa Saya Cakap Bukannya Tak Betul”

Kenyataan penyanyi, Nabila Razali yang dilihat terasa hati dengan pelawak, Atu Zero berhubung gurauan ‘tidak boleh menyanyi secara langsung’ di program The Masked Singer 3 telah menjadi perhatian ramai.

Luah rasa di Insta Story

Nabila dilihat meluahkan rasa kecewanya apabila dijadikan bahan candaan telah memuat naik satu Insta Story merasakan lawak tersebut tidak kelakar dan hampir menyamai Body Shaming.

Dah DM minta maaf

Susulan daripada itu, memetik laporan dari Mstar, Atu Zero atau nama sebenarnya Sharif Kunal Doli Sharif, 32 mengatakan yang dia telah menghantar direct message (DM) kepada penyanyi lagu Peluang Kedua itu bagi memohon maaf andai gurauan tersebut dianggap keterlaluan.

Harap komen jadikan pemangkin semangat

Tambahnya, dia akui kesilapan tersebut namun berharap agar komen yang diberikan itu menjadi pembakar semangat untuk Nabila terus menjadi lebih baik di masa hadapan.

“Daripada segi kata-kata memang saya salah. Namun melihat pada sudut berbeza, anggaplah ia sebagai pembakar semangat untuk dia menyanyi lebih baik ketika membuat persembahan live selepas ini.
“Apa yang saya cakap ketika program itu bukannya tak betul. Perkara itu pernah viral sebelum ini. Jadi saya cakap sahajalah,” katanya.

Nabila belum balas DM

Ujar Atu lagi, dia dapat tahu perihal luahan Nabila apabila ada peminat yang memberitahu melalui Instagram dan dia seggera menghantar DM kepada penyanyi terbabit namun belum mendapat balasan.

“Saya dapat tahu hal tersebut apabila ada orang maklumkan kepada saya. Mungkin peminat dia. Jadi saya terus DM (direct messege) dia mohon maaf. Dia tidak balas mesej tersebut.
“Mungkin dia tengah marah, jadi berikanlah masa dahulu. Kalau selepas ini marah lagi saya akan ulang minta maaf,” ujarnya.

Susulan daripada itu, pelawak asal Sabah berkenaan berjanji akan lebih berhati-hati di masa hadapan ketika membuat lawak dan mengeluarkan puchline supaya tiada mana-mana pihak terasa hati dengann gurauannya.

Antara komen nurtizen,

Dah Realiti…Bukan Citer Tu Ari Ni Tp Dah Lama…Masa Af Lagi…Tp Mungkin Nasib Baik Dia Blh Jadi Penyanyi Juga Walau Suara Kalau Live Mmg Tak Sedap…Kena Terima Hakikat Walau Pahit

Ikutkan Dari Mula Dia Dlm Industry Mmg Suara Dia Kdg OK Kdg Keluat Dalam.. Dan Bukan Pertama Kali Dia Kena Bahan Dgn Org Dlm Industry Hatta Netizen Sekali Pun.. Kenapa Dia Nak Terasa Lak Kali Nie.. Spttnya Improve Lg..

 

Jangan Marah Lebih2 Takut Nanti Sayang Lebih2 Pulak…Kalau Dah Jodoh Xkemana..Tapi Kalau Jadipun Bagitau Lah Jangan Mcm Sol Diam Ja…

Dah Tau Tak Boleh Nak Nyanyi Live..Ko Pi Nyanyi Jgk..Kena Perli Ko Koyak Nabila Razali Ko Nyanyi Record Sudah Lah …Best Apo..Masyuk Pun Masyuk …Aiyoooyoyo..Amaa Apaa Deyyyyy..

 

Jgn Mrh2,Atu Kan Orgnya Jujur,Die Rasa Masa Tu Je Suara Tk Sampai..Die Jujur ..Jgn Mrh..Sian Takut Gugur Pulak Rambut Cantiknya ..

Klu Ajai Atau Mas Idayu Yg Komen Lg Pedass…Mgkin Sbb Atu Pelawak Jd Nmpk Xsesuai Komennya Bg Nabila Sbgi Seorg Pnyanyi…Apapun Salut Atu Brani Mohon Maaf…Itulah Sbaiknya..

 

 

Tabiat Selebriti Msia, Dah Terlanjur Baru Kelam Kabut Minta Maaf. Bagi Yg Defend Atu, Reaksi Tuan Badan Ke Atas “Lawak” Terlampau Atu Itu Memang Sepatutnya.

Tak Semestinya Dia Tak Boleh Menyanyi Dia Tak Boleh Mendengar Dgn Baik..Jadi Tu Give And Take Jela..Benda Betul Apa Atu Cakap .

Sumber: Mstar (Farol Hadi)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply