Janna Nick Beritahu Sgt Benci Dgn Syamsul, Siap Buat Benda Ni Lagi!

SEJAK pengarah Syamsul Yusof mendedahkan sudah berkahwin dua pada Jumaat, isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana cukup lantang bersuara menjawab beberapa tuduhan dilemparkan terhadapnya.

Ini termasuklah mendedahkan Syamsul sudah lama tidak pulang ke rumah, selain menggelar suaminya itu sebagai pengecut kerana tidak berani mengakui hubungan yang terjalin dengan Ira Kazar.

Malah Puteri Sarah atau Puteri Sarah Megat Kamaruddin, 38, berkata, dia pernah mengizinkan Syamsul berkahwin namun ditolak lelaki itu termasuk mendakwa suaminya menyekat nombor telefonnya sehingga menyukarkan untuk berbincang tentang masalah yang berlaku.

Susulan pengakuan Syamsul bernikah dengan Ira di Thailand, ramai peminat termasuk golongan selebriti menunjukkan rasa simpati terhadap aktres berkenaan.

Meskipun tidak dapat membayangkan perasaan Puteri Sarah sebagai isteri, namun ramai mendoakan agar dia dan anak-anak diberi ketabahan dan ada sinar baharu menanti mereka kelak.

sarah33 - 1

Antara rakan artis yang memberikan sokongan.

“Sarahku sayang. Tak apa, akan ada Pelangi buat awak dan anak-anak. Percaya kepada Allah, reda dan ambil tindakan. Saya doakan yang terbaik buat awak dunia akhirat.

“Awak wanita yang kuat. Kebahagiaan bakal menanti awak Sarah. Semoga dipermudahkan Insya Allah.

“Situasi agak sukar sekarang, tetapi saya percaya akan ada kebahagiaan menanti awak. Sarah boleh lalui dugaan ini. Allah sentiasa bersamamu.

“Fuhh, puas bila dapat cakap macam ni. Semoga dipermudahkan segalanya Sarah,” antara komen netizen.

Sementara itu, pelakon Fauzi Nawawi turut mendoakan agar Syamsul dan Puteri Sarah dilembutkan hati dan menasihatkan agar mereka saling memupuk rasa sayang dan toleransi.

Fauzi turut sekeluarga mendoakan Puteri Sarah kekal berada dalam keadaan tenang dan bahagia.

“Semoga Allah lembutkan hati kedua-dua kesayangan umat ini. Indahnya keluarga besar ini jika dipupuk dengan rasa kasih dan toleransi.

“Insya Allah kami sekeluarga doakan Sarah berada dalam lindungan Allah SWT dan sentiasa berada dalam keadaan tenang serta bahagia,” katanya.

sarah338 - 1

Kata-kata semangat yang diterima.

Usahawan kosmetik, Aleeya Zailan juga mengambil kesempat memberikan kata-kata positif untuk aktres berkenaan dan memuji personaliti yang dimilikinya.

Kata Aleeya, Puteri Sarah seorang isteri dan ibu yang baik dan disebabkan itu dia menjadi menantu kesayangan mentuanya.

“Sarah awak sangat kuat. Cara awak bercakap penuh keyakinan dan saya suka. Sebab itu mentua awak pun sayangkan awak.

“Awak seorang menantu yang baik dan disayangi. Susah seorang wanita nak pikat hati mentua macam yang awak ada sekarang. Tahniah. Doa banyak-banyak ya,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon Janna Nick berkongsi, dia antara individu yang memberikan semangat buat Puteri Sarah saat pelakon itu berada dalam kesedihan.

Kata Janna, dia pernah membawa Puteri Sarah bercuti ke luar negara semata-mata untuk menggembirakan hatinya.

Sarah terima sokongan daripada rakan artis.

Syamsul mendedahkan sudah berkahwin dengan Ira di Thailand.

“Saya ajak dia pergi Phuket sama-sama sebab nak dia gembira. Saya nak dia lupakan masalahnya,” katanya.

Malah, Janna begitu emosi sehingga bertindak untuk melaporkan akaun Instagram Syamsul kerana berang dengan tindakan yang telah dibuat.

“Saya b3nci dia sebab tu saya report akaun dia. Jom sama-sama report dan boikot,” ujarnya.

 

 

 

 

 

 

Jom sama-sama report dan boikot!

Disebabkan rasa marah, Janna mengakui berasa sangat benci dengan Syamsul dan mengajak pengikutnya untuk memboikot lelaki tersebut.

“Saya sangat benci dia. Sebab itu saya lapor akaun Instagram dia. Jom sama-sama lapor dan boikot. Berani dia gunakan media sosial untuk memanipulasi dan aniaya isteri dia,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Sarah turut berkongsi dia sudah berbincang dengan peguam untuk meneruskan saman kepada Ira atas dakwaan melanggar perintah injunksi interim dan menghina mahkamah.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah yang kini berusia tiga tahun.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Leave a Reply