‘Perampas Mana Ada Yang Cantik, Level ‘Bohsia’ Je..’ – Rita Rudaini Perli Ira Kazar?

“Kasar, tapi betul jugak tuu..”

Kini hangat di media sosial apabila Syamsul Yusof mengumumkan yang dirinya sudah selamat bernikah dengan Ira Kazar di Thailand.

Susulan itu, Rita Rudaini sebagai rakan artis yang turut pernah menghadapi situasi itu mengeluarkan isi hatinya di halaman instagram.

Di story instagram, Rita Rudaini ada membuat kongsian tentang perkara yang terjadi ini. Dia berkata, jika benar ingin tambah yang baru. Cari lah yang lebih baik, lebih cantik.

Kemudian dia memerli, tidak ada perampas yang cantik..Tambahnya lagi, jika ibunya ‘bohsia’, keturunannya nanti pun pasti tidak menjadi dek kerana acuan ‘honda cup’

Rita Rudaini juga menyampaikan buah fikirannya kerana dia hairan apabila terdapat segelintir individu kurang setuju dengan perkongsian rakan artis, Puteri Sarah di media sosial berhubung konflik rumah tangga bersama suami Syamsul Yusof.

Tindakan Puteri Sarah tersebut secara tidak langsung dapat memastikan segala proses berjalan lancar sekali gus menjawab persoalan timbul dalam kalangan media

Biodata Artis Rita Rudaini — MYKMU.NET

“Perkara ini tidak terjadi pada diri anda sendiri, sebaliknya pernah berlaku kepada saya sebelum ini. Sebagai selebriti kami tak boleh ambil pendekatan untuk terus berdiam diri sepanjang masa.

“Kalau kami diam nanti netizen akan terus mengecam. Jadi jalan terbaik adalah berkongsi segala masalah dan proses yang dilakukan.

“Apa yang dilakukan itu bukan ‘meroyan’ sebaliknya kami juga manusia biasa yang ada hati dan perasaan serta anak-anak yang perlu dibela,” Ujar Rita Rudaini

Setakat Bagi Dine-In, Rentas, Masuk Mall" - Rita Rudaini Akui 'Tak Hadap' Kelonggaran Diberi Kerajaan - Murai MY

Rita berkata, kemelut dialami Sarah disifatkan hampir sama dengan kisah hidupnya cuma isteri Syamsul itu mempunyai ‘tulang belakang’ daripada keluarga mentua yang memberi sokongan kepadanya.

“Cerita penderitaan yang dihadapi Sarah hampir serupa dengan saya, cuma Sarah ada ‘tongkat’ yang kuat iaitu keluarga mentua yang sangat baik.

“Sedangkan saya pula hanya berjuang seorang diri. Saya pernah diserang bertubi-tubi. Tapi apapun saya kasihan dengan Sarah yang penat cari duit seorang diri.

“Jadi janganlah marah atau meluat dengan tindakan yang dibuatnya itu. Anda pun kalau suami atau teman wanita pandang wanita lain pun sudah jeling mata,” katanya lagi

Gagal nasihat Izreen, Rita Rudaini dikecam netizen | Astro Awani

Rita juga berkata yang Syamsul sepatutnya perlu menyelesaikan permasalahan rumah tangga terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan berkahwin dua. Dia sepatutnya bersikap terus terang dan bukan meminta untuk berbincang selepas mengesahkan pernikahan kedua sekali gus menyalahkan isteri sendiri.

Kalau dia nak kahwin dua atau tiga memang tidak salah, tapi cara yang dilakukan itu tidak tepat. Kalau ada masalah dia kena balik ke rumah untuk selesaikan. Walaupun dia tidak suka dengan isterinya dan mahu bernikah lagi, dia patut cakap dengan isterinya.

“Sarah hanya berada di rumah keluarga Syamsul. Jadi siapa yang lari? Siapa yang tidak mahu jumpa? Sarah ini hanya menunggu masalah itu diselesaikan, tapi tiada tindakan dibuat.

“Walaupun Sarah kelihatan kuat, tapi saya tahu jauh di sudut hati dia sedang menangis, lebih-lebih lagi ketika melihat anak-anaknya. Perasan sedih itu memang perlu ada dalam diri setiap orang,” luahnya lagi.

Rita Rudaini Dedah Sebab Sering 'Bersuara' Di Media Sosial - Murai MY

Rita juga memberi pesanan, kalau Ira Kazar perempuan yang baik, dia akan menasihati suaminya untuk bertanggungjawab. Dia patut minta suaminya untuk balik ke rumah dan selesaikan apa yang berlaku dengan isteri pertamanya.

“Wanita itu juga perlu menasihatkan agar suaminya tidak memutuskan silaturahim dengan kedua ibu bapanya dan mengetahui kedudukannya,” kongsinya.

Semoga kemelut rumah tangga ini dapat diselesaikan dengan baik. Syamsul pun sudah selamat bernikah, sekarang dia perlu berbincang dengan kedua pihak dan selesaikan segalanya sebelum terlambat. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Moga perkara ini menjadi tauladan kepada semua.

Sumber KOTAK MEDIA

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply