DALAM kekecohan isu pengarah Syamsul Yusof mendedahkan sudah berkahwin dua pada Jumaat lalu, wanita yang pernah dikaitkan dengan pelawak Shuk Sahar iaitu Farah Salleh juga terkena tempias.
Ekoran kontroversi tersebut, Fara mendedahkan dia tidak dapat hidup dengan tenang kerana diburu netizen selain menerima pelbagai mesej berbentuk kecaman atas perkara yang tidak ada kena mengena dengan dia.
Malah kata Fara, dia yang tidak berapa sihat sejak beberapa hari lalu, terpaksa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
“Entah apa la yang korang cari pada aku. Aku dekat hospital sampai 3 pagi malam tadi. Aku sepatutnya ditahan sebab dah empat hari tak sedap badan.
Fara Salleh kesal jadi mangsa kecaman isu Syamsul dan Ira Kazar.
“Dan aku juga dapat banyak kecaman disebabkan isu Ira Kazar dan Sol (Syamsul).
“Sejujurnya, aku tak terlibat dan tak tahu mengenai dia orang. Bukan aku yang bawa dia orang ke Thailand dan aku tak kerja sebagai imigresen yang cop pasport dia orang atau kadi dia orang,” katanya.
Fara berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada Ahad yang turut memaparkan tangannya di cucuk jarum branula semasa menerima rawatan di hopsital.
Kesal dengan apa berlaku, Fara meminta agar netizen berhenti mengecam dirinya dan kembali semula ke pangkal jalan.
“Tolong berhenti hantar mesej berbentuk kecaman kepada aku. Aku ada hidup aku sendiri dan aku tak ambil peduli dengan hidup orang lain.
Fara Salleh didakwa pernah jadi orang ketiga dalam rumah tangga Shuk Sahar dan isteri.
“Untuk netizen, sila cari Allah SWT daripada cuba cari dosa orang lain,” katanya lagi.
Terdahulu, nama Fara pernah menjadi bualan hangat netizen apabila dikatakan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Shuk dan isterinya Rossa Sera sekitar dua tahun lalu.
Malah sehingga kini status rumah tangga Shuk dan isterinya masih menjadi tanda tanya peminat.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.