Dulu Popular Dengan Lagu “Keranamu Kekasih”, Penyanyi Illa Sabry Lama Menghilang Tak Sangka Begini Keadaan Beliau Sekarang!

Dulu Popular Dengan Lagu “Keranamu Kekasih”, Penyanyi Illa Sabry Lama Menghilang Tak Sangka Rupanya Begini Keadaan Beliau Sekarang

PASTI ramai masih ingat tentang penyanyi Illa Sabry yang popular menerusi lagu Kerana Kekasih sekitar tahun 2001.

Kini selepas 22 tahun, Illa yang kini aktif dalam bidang perniagaan makanan dan minuman berkata dia tidak lagi berminat dengan dunia hiburan.

“Sebenarnya bukan merajuk dengan industri, tahun 2001, 2002 tu habiskan study dan buat bisnes F&B.”

“Keranamu Kekasih” antara lagu popular awal tahun 2000 yang masih evergreen hingga sekarang.

Namun penyanyinya, Illa Sabry, 42 menyepi membuatkan ramai yang tertanya-tanya kerana hilang ketika berada di kemuncak karier.

Bagaimanapun, portal Mstar berjaya menjejaki penyanyi OST Gerak Khas The Movie itu di sebuah Restoran di Selayang.

“Ada peminat lagi ke? Kalau masih ada, Kak Ila nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana masih merindui dan mengingati.”

Menurut Illa lagi, 20 tahun yang lalu, dia masih muda, masih belajar dan juga tidak begitu serasi dengan dunia glamor.

“Akak tak berapa serasi sangat dengan dunia glamor, dunia kemashyuran macam tu, yang akak suka low profile, buat kerja belakang, dengan family. Bukan merajuk ke apa tapi sebenarnya suka macam ni, selesa orang tak kenal sangat dan happy dengan privacy ni.”

Tambahnya lagi, kehilangannya bukan kerana tidak boleh menangani gossip kerana pengalaman sebagai artis memang menyeronokkan tetapi dia selesa dengan dunianya di belakang tabir.

“Syukur orang masih ingat, tapi memang tak lah kot nak sambung semula karier nyanyian. Sebab dah penceh dah.”

Di akhir video, Illa diminta mendendangkan lagu yang mempopularkan dirinya dan ternyata suaranya masih sama seperti dahulu.

Sedikit biodata Illa Sabry.

Illa Sabry dilahirkan pada 15 Mac 1979 di Kangar, Perlis dan merupakan anak sulung daripada lima beradik dalam keluarganya.

Illa memulakan kerjaya muzik pada 2001 apabila beliau melancarkan single sulungnya, “Keranamu Kekasih” yang terpilih sebagai lagu tema filem Gerak Khas The Movie arahan Yusof Haslam. Beliau turut membuat penampilan kameo sebagai penyanyi pancaragam dalam filem itu.

Beliau kemudian melancarkan album sulungnya, Jatuh Cinta yang memuatkan 10 lagu dengan empat daripadanya termasuk “Keranamu Kekasih” dikeluarkan sebagai single.

Illa juga berduet dengan vokalis kumpulan Slam, Zamani menerusi lagu “Saat Bahagia”.Beliau juga pernah dicalonkan bagi kategori Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-15, namun ia dimenangi oleh Maya Karin.

Tiga tahun kemudian, beliau mengambil keputusan untuk menamatkan kerjayanya sebagai penyanyi. Beliau juga pernah bekerja sebagai perunding media dan perunding majlis. Pada tahun 2011, Illa merancang untuk membuat kemunculan semula dalam industri muzik, namun tidak menjadi kenyataan.

Pada masa ini, beliau bergiat aktif menguruskan perniagaannya namun masih tetap aktif dalam bidang muzik.

Semoga terus sukses ya Illa Sabry

Sumber: Cari/ Mstar/ Wiki

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply