“Kalau Awak Kurus, Saya Mengandungkan Awak Balik..” – Datuk Fizz

Aktor Datuk Fizz Fairuz menerima keadaan fizikal isterinya, Datin Almy Nadia yang dilihat berisi berbanding sebelum memiliki cahaya mata.

Menurut laporan Kosmo! Online, Fizz atau nama sebenarnya Fairuz Zainal Abidin berkata, dia akan terus menyayangi Almy yang juga seorang aktres kerana tidak kisah dengan perubahan fizikal dialami isterinya.

“Kadang-kadang isteri tanya sama ada saya sayangkan dia atau tidak kerana bentuk badannya yang gemuk. Saya cakap biarlah.
“Kalau awak kurus, saya mengandungkan awak balik. Sebab saya menerima dirinya yang sekarang. Saya tidak kisah kerana saya suka dia begitu  (berisi),” katanya.

Pelakon berusia 44 tahun itu berkata, dia bersyukur mempunyai pasangan hidup yang memikul tanggungjawab sebaiknya terutama dalam soal menguruskan anak-anak.

“Kalau dia kurus, saya tidak fikir isteri akan dapat jadi seorang ibu sempurna. Saya bersyukur dengan kehadiran empat orang cahaya mata dalam keluarga.
 
“Jadi tidak perlu fikir kalau orang bercakap buruk tentangnya,” ujarnya.

Kongsi pelakon filem Munafik itu lagi, dia pernah memberi galakan kepada isteri untuk menurunkan sedikit berat badan secara selamat dan tidak memudaratkan kesihatan.

“Saya pernah suruh dia kuruskan badan. Saya beri galakan. Tapi cara yang bagaimana? Potong usus? Sementara nak tunggu sembuh lebih kurang dua minggu, anak-anak nanti bagaimana?
“Saya nak ambil pembantu, dia tak mahu. Semua kerja nak buat sendiri. Saya tahu isteri penat buat kerja rumah, uruskan anak-anak ke sekolah. Tapi itu yang dia mahukan,” kongsinya lagi.

Untuk rekod, Fizz dan Almy berkahwin pada 26 April 2014 dan dikurniakan empat cahaya mata perempuan iaitu Afrina Arianna, 6, Afrina Aurora, 5, Afrina Ayra, 4 dan Nur Afrina Aisyah, 2.

Antara komen netizen,

Tak payah la nak suruh org tu kurus, dia gemok tapi dia bahagia.. suami suka, anak anak suka.. org gemok ni masak sedap sedap.. macam kawan aku dia punya takut gemok, makan supplement ubat kurus macam macam vitamin last last meninggal kena kanser..

Rasa dia memang betul tak kisah, dia artis kot mampu je sponsor bini dia kurus kalau dia nak😛.

Mmg ada je suami suka dan minat wife dia berisi. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga ❤️.

Sumber OMM .

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply