PELAKON Fasha Sandha tidak melenting menerima komen netizen yang memuji penampilan aktres itu dikatakan lebih cantik sewaktu bersama bekas suami, Rizal Ashram atau lebih dikenali sebagai Jejai.
Menerusi sebuah komen yang ditinggalkan di Instagram mStar, seorang peminat memberitahu dia suka melihat Fasha sewaktu bersama Jejai kerana lebih cantik dan bergaya.
Bagaimanapun, Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 39, menjawab kenyataan yang diberikan peminat itu dengan baik.
Komen yang ditinggalkan di Instagram mStar.
“Zaman 20-an tak sama dengan zaman 30-an yang menghampiri umur 40 sister. Apa-apa pun terima kasih,” katanya.
Dalam pada itu, komen tersebut turut mendapat perhatian ramai yang menyifatkan Fasha seorang wanita yang jelita dan tidak perlu membandingkan penampilannya sebelum ini.
“Sekarang pun cantik sahaja. Tak perlu menilai dia dengan yang dulu pun sebab dia sendiri bersyukur dengan apa yang dia ada.
“Fasha cantik sahaja, pernah jumpa dekat KLCC memang cantik semula jadi dan merendah diri. Sentiasa tersenyum,” tulis peminat.
Sebelum ini, Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 39, meluahkan rasa sedih apabila ada segelintir netizen yang mengatakan dirinya hamil, sedangkan dia tidak berbadan dua.
Pelakon drama Serpihan Sayang itu menjelaskan dia hanya mengalami perubahan bentuk badan yang sedikit berisi.
“Saya tidak mengandung pun. Saya hanya bulat saja masa itu. Waktu itu baharu lepas makan nampak macam ada perut. Semasa itu, saya sedih gila bila orang body shaming saya,” ujarnya.
Fasha sering melayani peminat dengan baik.
Untuk rekod, Fasha mendirikan rumah tangga Jejai pada 27 April 2012 namun mereka bercerai pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 9, dan Putri Raysha Jemyma, 8 tahun.
Aktres itu kemudiannya berkahwin dengan Aidil Aziz pada 29 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aisha Amaira yang berusia dua tahun.
Sumber : MSTAR ONLINE.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.