Aktres popular era 90an, Norazah Aziz atau lebih dikenali sebagai Azah Aziz baru-baru ini berkongsi sebuah video yang menyaksikan anak lelakinya bermain salji di luar rumah. Menerusi akaun instagram peribadinya, gelagat anak lelaki sulungnya Aaron berusi 25 tahun telah mencuri perhatian netizen.
Dia menyahut cabaran dari ibunya untuk beraksi Muay Thai di halaman rumah dengan hanya memakai seluar pendek atau boxer.
“Saya cabar Aaron untuk keluar hanya dengan boxer dengan cuaca -30’C tapi dengan angin anda rasa macam -40”C 😅🤪😆😂 Muaythai boxing katanye… Dia cakap oklahhh 😝ambik kau!!! Siapa berani? Beku satu badan”- tulisnya di ruangan kapsyen.
Video ini telah mendapat perhatian dan ramai yang kagum dengan kesungguhan Aaron dan tak kurang juga yang memuji kekacakan anak lelaki aktres jelita ini. Ada yang berharap Aaron akan menjadi seorang model jika berpindah ke Malaysia.
View this post on Instagram
Selebriti Meninggalkan Komen
Tinjauan Murai MY di ruangan komen, golongan selebriti tidak ketinggalan untuk memberi reaksi masing-masing.
“Bestnyaaaaa snow”- tulis pelakon Emelda Rosmila
“Mula-mula snow best, bile snow storm n -30’C dah tak best 😬 “- balas Azah
Rupanya dalam diam, Aaron tidak sabar untuk pindah ke Malaysia. Perkara ini didedahkan oleh Azah setelah pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahira meninggalkan komen dan menulis;
“Apo ..mak datuk..takpe enjoy moment moment snow ni”- tulis Shiera
“Hahhh , dia org dah tak sabau nak pindah , they said prefer hot then cold”- dedah Azah
Ada juga pertanyaan dari peminat, di manakah Azah akan menetap di Malaysia, ini jawapannya.
“Kak azah pindah duduk KL atau Singapore”- tanya peminat.
“KL”- jawab Azah dengan ringkas.
Jadi memang benar Azah akan berpindah ke Malaysia tidak lama lagi. Sebelum ini Azah ada mendedahkan bahawa dia bakal tinggal di Singapura bersama suami dan ketiga-tiga anak lelakinya setelah 21 tahun menetap di Montreal, Kanada.
Sekadar info, Azah mendirikan rumah tangga dengan Daud Leroy Abdullah pada 1994 dan selain Aaron, mereka dikurniakan dua lagi anaklelaki iaitu Ryan, 18, dan Justin, 16.
Sumber Murai
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.