Adik Ipar Hafiz Roshdi Dedah Cerita Sebenar Apa Yang Telah Jadi Sejak Dua Tahun Lepas

Semalam, media sosial kecoh mengenai pelakon Hafidz Roshdi yang menceraikan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri dengan talak satu pada Rabu.

Menurut laporan BH Online, adik Nurul Shuhada yang dikenali sebagai Sofia memaklumkan, pasangan tersebut berdepan masalah rumah tangga sejak tahun lalu selepas kehadiran seorang wanita bernama Athira Yuhada.

Sofia berkata, aktor berusia 29 tahun itu kakaknya dan sudah tidak tinggal bersama sejak minggu ini selain mendoakan yang terbaik buat ibu kepada dua cahaya mata tersebut.

“Jujurnya, konflik bermula sejak tahun lalu. Namun, Athira banyak mempengaruhi Shu dari segi emosi, kacau dan melakukan provokasi sejak akhir ini.
“Hafidz dan Shu tak duduk sebumbung, sejak minggu ini. Sebelum ini, masih boleh tinggal sekali. Kita doakan kebenaran untuk Shu dan anak-anaknya. Semoga Athira dan Hafidz diberikan hidayah oleh Allah,” katanya.

Sebelum itu, dia mengesahkan bahawa Hafidz dan Nurul Shuhada telah bercerai menerusi panggilan telefon dan sedang menunggu tarikh perbicaraan di mahkamah.

Shuhada tidak sedih, tak menangis malah tenang terima talak satu dari Hafidz Roshdi.

TENANG menerima takdir diceraikan talak satu, isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri bersyukur apabila kemelut rumah tangga mereka menemui jalan penyelesaian meskipun berakhir dengan perpisahan.

Berkongsi situasi terkini Shuhada, adik perempuannya yang mahu dikenali sebagai Sofia, 25, berkata kakaknya menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan dilihat kuat untuk berdepan ujian tersebut.

“Shuhada dalam keadaan stabil dan dia terima perpisahan itu dengan hati terbuka. Dia tidak sedih atau menangis. Bagi pihaknya, dia menerima takdir Ilahi dan bersyukur terhadap apa yang terjadi sehingga membawa kepada perpisahan.

hafidz 2

Hafidz bersama dua orang anaknya.

“Sekarang dia sudah boleh move on dan tidak lagi terkongkong dengan suami. Dia okey sahaja,” katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Terdahulu, Sofia mengesahkan Hafidz melafazkan cerai terhadap Shuhada pada Rabu melalui panggilan telefon.

Keputusan untuk berpisah itu dicapai atas persetujuan bersama kedua-dua belah pihak selepas kemelut rumah tangga mereka berlarutan dan dikaitkan penglibatan orang ketiga.

“Perkara ini (cerai) melibatkan isu kepercayaan dalam hubungan. Apabila sampai satu tahap yang melampaui batas ia mungkin tidak boleh diselamatkan lagi. Mereka sama-sama berbincang sebelum ini dan bercerai adalah keputusan terbaik.

GAMBAR] Wajah Terkini Anak Hafidz Roshdi, Comel! - Media Hiburan

“Saya melihat sendiri pengorbanan kakak berhadapan dengan isu rumah tangga mereka… bagi pihak kakak, saya juga bersyukur isu ini selesai dan semoga kebahagiaan lebih baik untuk Shuhada dan anak-anak.

Apabila sampai satu tahap yang melampaui batas ia mungkin tidak boleh diselamatkan lagi. Mereka sama-sama berbincang sebelum ini dan bercerai adalah keputusan terbaik

“Anak-anak juga masih kecil, namun mereka terpaksa menerima takdir ini. Semoga mereka menjadi lebih kuat atas segala penderitaan yang dilalui selama ini,” ujarnya.

Kemelut rumah tangga Hafidz dan Shuhada mula menjadi perhatian ramai selepas pelakon itu dikatakan curang dan mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Menerusi temubual bersama mStar pada 2 Februari lalu, Hafidz menafikan semua dakwaan yang dilemparkan terhadapnya dan memberitahu dia enggan terlalu berkongsi kisah isterinya di laman sosial.

shuhada 2

Athira (kanan) didakwa menjadikan orang ketiga dalam hubungan Hafidz dan Shuhada.

Ketika isu rumah tangga mereka hangat diperkatakan, muncul seorang wanita bernama Athira Yuhada mengakui Hafidz pernah cuba mendekatinya.

Selepas teruk dikecam, Athira menerusi satu perkongsian di Instagram membuat permohonan maaf kepada Shuhada serta anak-anak.

Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2.

Antara komen netizen,

Athira Kau Perlu Ingat…Kau Tak Akan Bahagia Setelah Kau Runtuhkan Rumah Tangga Orang Laun

Rumah Tangga Elok Dh Dibina 9tahun Dgn Kehadiran Anak2 Yg Comel.. Snggup Buat Pilihan Utk Curang😢.. Knp Egonya Kamu Tidak Memilih Utk Memohon Maaf Pada Isteri? Tp Sebalik Bg Talak.. Aku Respect Dkt Aliff Aziz Walaupn Dia Mcm 2 Dia Mengaku Salah Dan Mohon Maaf Pada Isteri Dia.

Allahuakbar…Kesian Kat Isteri Dan Ank2.Jgn Isteri Tak Cantik Jadi Alasan Krn .Seorg Isteri Sentiasa Mengabaikan Keperluan Diri Sendiri Demi Keluarga…Mrk X Minta Apa2 Cuma Kejujuran Dan Keikhlasan Hati Seorg Suami…Semoga Allah Permudahkan Urusan Isteri Dan Ank2nya…Aamiin

Dihari Yg Mulia Ni..Kau Tenanglah Hati Seorang Wanita Beranak Dua..Kau Tunjukkan Lah Jalan Utk Si Lelaki..Smoga Keduanya Menemui Jalan Pengakhiran Yg Paling Terbaik🤲🏻 Terus Kuat Shuhada

Org Duk Kata Dia Ni Hensem.. Hensem Tu Subjektif.. Bg Ak.. Dia Biasa Ja.. Cuma Kalau Btul Laa Athira Tu Kacau Dan Pngaruh, Mmg Dia Jahat!

Athira Ni Mmg Golongan Ira Kazar Betul La.. Seronok Merosakkan Rmh Tangga Org Lain . Muka Dah La Tak Berapa Nak Cantik, Perangai Pun Ikut Sama

Sumber: BH Online (Affan Rostam)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply