Makin Berani, Siap Buka Kiosk Atas Jalan! Gelagat Peniaga Pizza B40 Undang Kecaman… “Kalau Tegur Mereka Kata Sekat Rezeki”

BOLEH dikatakan sejak kebelakangan ini, penjaja di jalanan ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.

Bukan hanya jeruk mangga, malah ketika ini ada yang mengambil peluang menjual makanan lain atau minuman di persimpangan lampu isyarat serta bahu jalan.

Tiada niat memandang rendah atau menafikan hak untuk mencari rezeki, namun tindakan segelintir penjaja yang berani merisikokan nyawa sedikit sebanyak menimbulkan kesulitan kepada pengguna jalan raya yang lain.

Dalam satu hantaran yang dikongsikan di laman Facebook B40 Buat Perangai Apa Hari Ini, seorang pelayar mempersoalkan kewajaran di sebalik tindakan berani dua penjaja yang berniaga makanan sehingga siap memasang meja kiosk di bahu jalan.

“Saya bukan nak merendah-rendahkan bisnes orang tapi bukan ke ini adalah satu kesalahan? Kan bahaya?

piza 2

Tindakan penjaja berdiri di bahu jalan untuk menarik perhatian pengguna jalan raya boleh mengundang bahaya.

“Saya tak kecam, cuma saya pelik. Nanti ‘jet pejuang’ sticker pelik-pelik langgar macam mana?” tulisnya pada hantaran berkenaan.

Individu tersebut turut memuat naik beberapa keping gambar yang memaparkan aksi berani dua penjaja piza yang memegang sepanduk dan duduk di meja kiosk yang diletakkan di bahu jalan.

Perkongsian tersebut meraih perhatian warga maya yang rata-ratanya membangkitkan isu keselamatan, bukan hanya melibatkan penjaja itu sendiri juga pengguna jalan raya.

Bahaya atau menyusahkan orang tolak tepi. Janji masyuk (untung).

“Kita bukannya tahu setiap kenderaan yang lalu semua tu alert dan kereta mereka okay. Kena tiba-tiba lori atau kereta hilang kawalan atau brek rosak, kena sapu macam bola bowling.

“Jangan tegur, bang. Nanti mereka kata sekat rezeki,” komen netizen.

Dalam pada itu, ada juga yang netizen yang membangkitkan isu undang-undang dan peraturan berniaga di jalanan.

“Atas jalan raya bukan tempat berniaga. Kalau dekat parking dapat kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tak ada masalah,” demikian antara komen netizen.

“Bahaya atau menyusahkan orang tolak tepi. Janji masyuk (untung).

 

“Dah banyak kali rasanya kerajaan tegur. Dah diuar-uarkan salah berniaga macam ni…. masih ada lagi yang buat.

Antara komen netizen yang turut menyuarakan kebimbangan dengan tindakan berani penjaja berkenaan.

Untuk makluman, berniaga di bahu jalan sememangnya satu kesalahan jika tidak mempunyai permit yang diluluskan oleh pihak berkuasa.

Hal ini kerana boleh mengundang bahaya kepada peniaga dan juga pengguna jalan di kawasan tersebut.

Perbuatan sebegini adalah satu kesalahan mengikut Kaedah 10a (1) Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan 1959 (ln 166/59) menyatakan tiada urusan jual beli dibenarkan di persimpangan jalan atau di mana-mana jalan raya.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply