Hadapi Masalah Keluarga? Akhirnya Zul Yahya Tampil Buka Cerita Sebenar

Bagaimanapun, Zul atau nama sebenarnya, Zulkifli Yahya tidak mengulas mengenai dakwaan dia dikatakan keluar berjalan dari jam 4 pagi hingga 8.30 pagi dan tidak pulang-pulang.

“Saya okey, tak ada apa sebenarnya. Alhamdulillah.”

Itu jawapan ringkas bekas pelakon, Zul Yahya, 50, menerusi kiriman WhatsApp berhubung keadaannya sekali gus menafikan dakwaan mengatakan dia berdepan masalah dan perlu dibantu seperti dalam video dimuat naik pemilik akaun Tk Tok, @zackpulaumutiara8.

Zul yang cuba dihubungi Harian Metro menerusi panggilan telefon dan kiriman mesej di WhatsApp sejak semalam bertindak berdiam diri sekali gus menimbulkan tanda tanya.

Cuma, pada 2 pagi hari ini, Zul muncul dalam siaran langsungnya di TkTok yang difahamkan berdiskusi dengan seorang tokoh agama.

Malah, kebanyakan pelayar yang menyaksikan kemunculan Zul di platform media sosial itu memaklumkan dia nampak sihat serta tiada apa yang pelik cuba ditunjukkannya.

“Okey saja tengok dia. Kelihatan baik-baik. Tak nampak ada masalah pun,” tulis seorang pelayar lagi.

“Biasalah cari ketenangan berjalan. Dia cakap yang Allah beri peringatan. Semua okay je,” komen seorang pelayar Tk Tok yang mengikuti siaran langsung itu.

Terdahulu, Harian Metro menerusi hantaran video dibuat pemilik akaun Tik Tok, @zackpulaumutiara8 melaporkan Zul dikatakan berhadapan masalah dan memerlukan bantuan selepas berjalan kaki dari 4 pagi hingga 8.30 pagi.

Tular Video Zul Yahya Jalan Seorang Diri Seperti Berdepan Masalah, Isteri Mula Buka Cerita

VIDEO tular memperlihatkan pelakon Zul Yahya berjalan sendirian seperti sedang berdepan masalah mengundang simpati netizen di media sosial.

Menjawab mengenai rakaman tular itu, isteri kepada Zul iaitu Siti Raihan Mohd Rodzi memberitahu suaminya berada dalam keadaan baik tidak seperti diperkatakan netizen.

Kata Raihan, Zul hanya menenangkan diri dengan berjalan-jalan sendirian pada pagi itu.

331325471_510513767832076_1578665956742948920_n

Zul Yahya jalan seorang diri buat peminat risau.

“Dia okay sahaja, sekarang ada di rumah… tiada apa-apa.

“Mengenai video itu, tak ada apa. Dia sahaja ambil masa sendiri untuk tenangkan diri dia,” katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Terdahulu, seorang pengguna TikTok memuat naik video mempelihatkan Zul Yahya berjalan bersendirian tanpa diketahui tujuan.

Menerusi ruangan kapsyen, netizen itu meminta orang ramai agar menghulurkan bantuan kepada bekas pelakon itu sekiranya bertemu dengannya.

“Abang Zul Yahya dalam masalah keluarga. Berjalan kaki dari pukul 4 pagi sampai sekarang, 8.30 pagi. Kalau siapa-siapa jumpa dia tolong bantu dia.

“Sekarang ini masih ada dalam negeri Perak. #masalahkeluarga,” tulisnya.

Sementara itu, Raihan memberitahu hubungan rumah tangga mereka berada dalam baik-baik sahaja.

326325398_184238820889221_8389574508246544194_n

Zul Yahya bersama isteri dan anak-anak.

“InsyaAllah, hubungan kami tiada apa,” ujarnya.

Untuk rekod, Zul berkahwin dengan Siti Raihan Mohd Rodzi pada 2007.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan enam anak yang tiga daripadanya adalah perempuan.

Terdahulu,

Kenapa dengan Zul Yahya?

Zul Yahya

Bekas pelakon, Zul Yahya, 50, dikatakan kini berhadapan masalah dan memerlukan bantuan sebagaimana paparan video menunjukkan dia sedang berjalan yang dikongsikan pemilik akaun TikTok, @zackpulaumutiara8.

Dalam keterangan di video itu, pemilik akaun terbabit meminta jika orang ramai terjumpa Zul supaya membantu pelakon drama adiwira, Kaber Hero Kaber Zero dan Pepaya di TV3 itu yang dikatakan memerlukan pertolongan.

“Abang Zul Yahya dalam masalah keluarga. Berjalan dari pukul 4 pagi sampai sekarang, (8.30 pagi). Kalau siapa-siapa jumpa dia tolong bantu dia.

“Sekarang ni masih ada dalam negeri Perak.#masalahkeluarga #fypviral,” tulis @zackpulaumutiara8 yang turut disertakan tanda pagar #masalahkeluarga dan #fypviral.

Bagaimanapun, usaha Harian Metro untuk mendapatkan penjelasan Zul tidak berhasil apabila kiriman mesej di WhatsApp tidak dibalas. Malah, dicatatkan kali terakhir mesej dilihat pada jam 12.44 tengah malam tadi.

Beberapa panggilan telefon juga tidak dijawab. Namun, Zul kemudian membuat ‘missed call’ tetapi apabila dihubungi semula, ia tidak dijawab selain masuk ke peti simpanan suara.

Sebelum ini, pada 2020, Zul menyuarakan pendapatnya di media sosial berkaitan mencari rezeki lebih baik dan keberkatan dalam industri hiburan.

Perkongsian itu dibuat Zul selepas mengambil kira pengalamannya sendiri selama 20 tahun sebagai pelakon.

Sejak beberapa tahun lalu, Zul atau nama sebenarnya, Zulkifli Yahya juga dilihat lantang bersuara dan sering berkongsi pandangannya terhadap pelbagai isu semasa di platform media sosial.

Antara komen netizen,

Kita Sedap Gelak Kan Org Padahal Kita Xtau Nasib Kita Nanti Mcm Mana. Sekadar Saling Mengingati

Semoga Allah SWT Lindungi. Jgn La Kecam Org Yg Sdg Diuji Allah, Takut Nanti Allah Balas Cash Kat Kita Di Dunia Ni. Apatah Lagi Di Akhirat.

Aik Ritu Jumaat Elok Jer Tengok Kt Masjid. Dia Joging Ler Tu Masalah Apa Nya Restoran Steambot Dia Elok Je Haa

Benda Macam Ni Pun Ramai Buat Lawak Kan, Sepatutnya Doa Baik2, Kita Mana Tahu Dia Ada Masalah Kemurungan Ke Kan

Apa Masalahnya KLU Dia Berjalan Kaki, Mungkin Dia Nk Cari Pengalaman Dan Merasai Kehidupan,Org Susah MCM Kami. Lagi Pulak Kita Tak Tahu Apa Tujuan Sebenar Nya . Pendapat Saya.Allah Bersama Dengan Org Yg Sabar Dan Beriman

Semoga Zul Yahya Dalam Rahmat Allah. Diberikan Jalan Keluar Daripada Semua Permasalahan.

Dia Mcmni Tau..Ada Stgh Laki Klau Bgduh Lki Bini Ka .Serabut Ka Bgi Dia Kluaq Dri Rumah Adalah Yg Trbaik..Mcm Arwah Abh Aku..Klau Bekelai Ngn Mak Aku Ja..Mesti Kluaq P Mnum Kdai Kopi…Dia Kta Mls Nk Brpnjgan Bekelai..Harap Xdak Apa Yg Serius La

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply