Peluang Cerah Kini Ira Bakal Terima Gelaran Datin? Ini Ayat Padu Sarah Buat Ira Kazar

Di TkTok, pelakon, Puteri Sarah Liyana mengakui tidak memandang pangkat seperti ‘Datin’. Menerusi sesi live tersebut, netizen bertanya kepada Sarah mengenai perasaannya sekiranya dia tidak mendapat gelaran ‘Datin’ selepas ini.

Menurut ibu kepada dua orang cahaya mata ini, dia bersyukur kerana masih dikurniakan rezeki dan berkemampuan untuk membawa kedua-dua anaknya, Syaikhul dan Sumayyah untuk bercuti.

Bukan itu sahaja, di sebalik segala perkara yang sudah terjadi, Sarah menegaskan perkara paling utama adalah dia mampu mencari wang hasil pencarian sendiri.

Kenapa saya nak kena kisah? Gelaran tu tak penting pada saya. Apa yang penting adalah saya bekerja, dapat duit hasil usaha sendiri, pergi shopping, bawa anak-anak holiday. Jadi I rasa gelaran tu sangat tak penting. Pada saya dalam bank kena ada duit, itu lebih penting.

Sekadar info, Puteri Sarah telah mendirikan rumah tangga bersama pengarah terkenal, Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Namun begitu, Syamsul Yusof telah membuat pengakuan pada 6 Januari lalu dimana dia sudah berkahwin isteri kedua yang bernama Ira Kazar yang juga merupakan anak kepada pelakon veteren, Kazar Saisi di Thailand.

Dia nak berbadan 2 atau 3, saya tak peduli – Puteri Sarah.

Pelakon Puteri Sarah enggan menyerabutkan kepada memikirkan tentang khabar angin bahawa madunya, Ira Kazar kini hamil anak pertama.

Sarah atau nama lengkapnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, dia sendiri tidak tahu tentang kesahihan perkara tersebut dan tidak berada pada posisi untuk memberi komen terperinci.

“Entahlah. Saya pun tak tahu sekejap berbadan dua dan sekejap tidak. Saya tak kisah.

“Saya tak kisah dia nak berbadan tiga ke, empat ke, saya betul-betul tak ambil kisah,” katanya kepada Kosmo! Online.

Bagaimanapun, Sarah tidak menafikan bahawa khabar angin Ira sedang hamil sampai ke pengetahuan bahkan sebelum dirinya dan anak-anak mengerjakan umrah baru-baru ini.

PUTERI SARAH berkata, dia sudah ‘move on’ dan enggan menyerabutkan kepala dengan perkara yang sudah lepas.

“Masa saya nak pergi umrah (baru-baru ini), saya dapat tahu tentang ‘benda’ tersebut.

“Saya pergi umrah nak tenang-tenang sahaja tapi apabila balik ke tanah air, saya dengar macam-macam.

“Apa yang saya harapkan sekarang ini adalah 7 Mac nanti (di mahkamah) semuanya berjalan dengan baik.

“Saya dah tak nak ambil tahu sama ada dia (Ira) nak berbadan tiga, empat atau lima, saya memang tak nak ambil tahu (ketawa),” kata ibu kepada dua cahaya mata itu.

Sementara itu, ditanya tentang sama dia ada mendengar tentang ura-ura suaminya, Syamsul Yusof kini bergelar atau berpangkat Datuk, Sarah juga mengatakan bahawa dia tidak tahu apa-apa langsung namun mendoakan yang terbaik buatnya.

“Itu (Syamsul dah dapat gelaran Datuk) pun saya tak tahu. Saya memang tak ambil tahu apa-apa.

“Kalau dapat gelaran Datuk, alhamdulillah tahniah buat dia. Itu sahaja dan saya tak nak ambil peduli lagi.

“Saya dah ‘move on’. Semasa saya di Madinah tempoh hari, saya dah letak semua masalah di belakang. Bahkan yang pasal Ira berbadan dua, waktu itu saya di Madinah.

“Saya dah macam apa-apa sahajalah. Syamsul pun dah berkahwin dan benda pun dah jadi dan tiada apa yang perlu diperkatakan dari pihak saya berhubung dakwaan terbabit (Ira sekarang hamil),” katanya.

Sumber : ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply