Takziah Mas Idayu Kerana Kehilangan Orang Tercinta. Ini Luahan Sedih Mas Idayu

Penyanyi, Mas Idayu, 51, reda dengan pemergian bapanya, Mesnun Hassan, 78, yang meninggal dunia di Kota Tinggi, Johor, kira-kira jam 1 pagi, Selasa lalu.

Mas Idayu berkata, dia bersyukur kerana sempat menatap wajah bapanya buat kali terakhir dan meluangkan masa menjaga Allahyarham yang menghidap kencing manis dan sakit tua lebih sebulan lalu.

“Pada Isnin malam lalu, saya dimaklumkan bapa kritikal. Ketika itu, saya sepatutnya menjalani rakaman lagu baharu bersama Ajai.

“Kemudian kakak sulung saya menghubungi anaknya yang tinggal bersama saya memaklumkan bapa sudah tiada. Kami kemudian bergegas pulang ke Johor dan tiba kira-kira jam 7 pagi.

“Alhamdulillah, saya sempat menatapnya buat kali terakhir. Wajah bapa bersih sangat dan dia kelihatan tersenyum. Seisi keluarga pun ada di sisinya sebelum dikebumikan,” katanya.

Penyanyi lagu Cintaku 100% itu mengakui selepas beberapa hari pemergiannya, kerinduan terhadap Allahyarham tiba-tiba menerpa kembali dan benar-benar terasa kehilangan.

“Saya rindu suara bapa memanggil kami untuk minta sesuatu. Arwah memang mengalami penyakit kronik sebelum ini termasuk kencing manis dan terpaksa berkerusi roda.

“Saya sempat menguruskan bapa termasuk memandikan dan tolong buang air besar beberapa bulan lalu. Walaupun dia tak nak kerana segan dengan anak-anak, saya bertegas buat juga ketika itu,” katanya.

Ini kata kata Mas Idayu dalam Instagram

Sumber: HMETRO ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment

Leave a Reply