“Dihina Sahabat Sendiri” -Ibu Shuib Dedah Anak Tinggalkan SRL Demi Maruah

Kemelut yang berlaku dalam kumpulan lawak, Sepahtu rupanya tidak berakhir lagi apabila ibu kepada Shuib, Salamiah Jalani pula bersuara menerusi hantaran di Instagram.

Tampil pertahankan Shuib

Menurutnya, dia tampil bersuara adalah untuk mempertahankan anaknya yang terus-terusan menjadi bualan orang ramai tanpa mengetahui punca sebenar tidak berminat lagi dalam program Sepahtu Reunion Live.

Ujarnya, dia menyokong sepenuhnya keputusan Shuib kerana tidak sanggup melihat anaknya terus ditindas seperti tiada maruah.

Anak dihina, dimaki sahabat sendiri

Menurutnya, ‘sahabat’ yang merupakan rakan seperjuangannya sejak belum bergelar artis lagi langsung tidak mempertahankan Shuib dan turut memaki dan menghina pelawak itu dihadapan orang lain.

Tambahnya, ketika Shuib disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pelawak itu telah dilayan seperti sudah bersalah termasuklah diperli dan dimalukan di bilik mesyuarat.

Anaknya tetap jaga aib dengan alasan keluar sebab pihak Astro

Selepas dimalukan berkali-kali, ibu kepada pelawak itu mengatakan yang anaknya tetap lagi menjaga aib ‘sahabatnya’ dengan mengatakan keluar dari SRL disebabkan pihak Astro kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan.

Jadi saksi kesedihan anak

Salamiah yang menjadi saksi kesedihan anaknya itu melihat bagaimana dia menolak nilai duit dan minatnya buat seketika demi mempertahankan maruahnya kerana ingin bekerja dengan tenang dan gembira.

Bertahun-tahun ditindas sahabat

Tambah Salamiah lagi, dia bukan individu yang gila publisiti murahan tetapi hanya ingin bersuara selepas bertahun-tahun melihat anaknya ditindas oleh ‘sahabatnya’ sendiri.

Bakal isteri pun komen sama

Hantaran panjang lebar ibu Shuib di Instagram itu turut di likes oleh Shuib dan bakal isterinya Watie Hanafiah turut sama meninggalkan komen.

Terdahulu, Jep Sepahtu ada memuat naik satu penjelasan berkenaan ketiadaan Shuib dalam SRL sehingga menjadi tanda tanya orang ramai mengapa dia sudah tidah bersama Sepahtu.

Selepas penjelasan berkenaan tular, beberapa pihak seperti PA kepada Shuib telah tampil mempertahankan pelawak itu dengan mengaitkan aib yang dijaga kerana enggan mengeruhkan keadaan.

Jep dalam salah satu siaran langsungnya di TikTok ada mengatakan apa yang ditulis bukanlah mengaibkan sesiapa, cuma ia sebagai penjelasan supaya orang ramai sudah tidak bertanya keberadaan Shuib yang kini bergerak bersama kumpulan lain dalam menjayakan program komedi di televisyen.

Antara komen netizen,

Hal Begini Biar Saja Shuib Yang Bersuara. Ibu Dan Bakal Wife Tak Perlu Campur Tapi Bincang Dibelakang Tabir. Yang Glamournya Shuib Bukan Mak Atau Bakal2 Wife. Masyarakat Pun Kurang Ambil Peduli. Usah Panjang2 Cerita. Biar Dia Sesama Dia Settle. Adat Melawak Memang Kadang2 Disakiti Dan Tersakiti.. Pendekkata Kau Bahan Aku Dan Aku Bahan Kau Semula. Katakan Pelawak, Takkan Itupun Koyak. Kalau Tak Boleh Melawak Lebih Baik Berniaga Saja

Shuib Bukan Baru Dalam Sepah Tu Makcik..Memang Mangsa Bahan Je Dari Awal² Sepah Ditubuhkan Masa Ada Mamat..Hari Ni Takkan La Shuib Keluar Sebab Benda Tu,Dia Pun Dah Lali Dengan Perangai Kawan² Dia.

Dulu Masa Susah Xkesah Pon Tu Sume..Skarang Dah Punye Segala,Lupe Kawan..Jep Patot Tarik Mamat Balik…Dulu Jep Yg 1 Kg Ngn Mamat,Kenal Shuib Kt Audition Lain,Baru Jadi Bertiga

Perli Memerli Tu Kan Antara Lawak Sepahtu Jgk… Apa² Pun Jep Sepahtu Tetap Pelawak No 1 Sy.. Tgh Tension Camne Pun Bila Tgok Dia Melawak Blh Auto Gelak.. Klu Tk Gelak Pun Atleast Senyum Tu Pasti

Bile Dah Kaya & Ada Duit…Hubungan Persahabatan Itu Akan Semakin Tipis..Sbb Timbulnya Didalam Diri Keegoaan…Masalah Sbesar Zarah Pun Akan Dbesarkan…Lumrah Kehidupan…

Ada Betul, Diorg Mmg Geng Kaki Bahan, Tp Sbb Dah Kenal Lama Kan. Slalu Balas Balik Bahan Tu, Xpun Sound Je Depan2. Sbb Biasa Klu Kawan Dah Lama Die Mmg Biasa Je, Kebiasaannya La. Mybe Shuib Skrg Dah Jadi Tisu Skit Biasa Faktor Umur Biasanya.

Sumber: Instagram Salamiah Jalani

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply