Beri surat terbuka, Hafidz Roshdi minta Shuhada mohon maaf canang fitnah, jika tidak ini bakal terjadi

Sebelum ini, isteri kepada pelakon kontroversi, Hafiz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri mendakwa adik iparnya turut bersubahat dalam kemelut rumah tangganya namun, tidak menceritakan perkara tersebut dengan lebih terperinci.

Enggan untuk berdiam diri, akhirnya Hafidz Roshdi telah membuka mulut dengan menafikan segala dakwaan yang dilemparkan mengenai ahli keluarganya dan menanggap ia sebagai satu fitnah.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Hafidz di laman Instagramnya, dia telah menjelaskan beberapa kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Shuhada.

Tidak semua perkara yang dinyatakan oleh Shuhada adalah benar

Dalam perkongsian tersebut, aktor yang berusia 28 tahun itu memaklumkan dia terpaksa menulis surat itu secara terbuka kerana Shuhada telah menutup segala jalan untuk perdamaian dan menyelesaikan konflik secara kekeluargaan.

Dakwaan adik bersubahat adalah fitnah semata-mata

Bukan itu sahaja, Hafidz turut meluahkan rasa kecewa apabila Shuhada sanggup menjadikan isu rumah tangganya di media sosial sehingga cenderung untuk membuka aib sehinggakan membuka ruang fitnah kepada orang ramai.

Malah, dia juga menganggap Shuhada sudah mula melampaui batas dan tidak boleh berdiam diri apabila mula mencanang fitnah dan kenyataan palsu tentang keluarganya.

Gara-gara dakwaan tersebut, keselamatan dan kesejahteraan keluarga sudah terjejas.

Bahkan, Hafidz memberitahu hantaran yang dimuat naik oleh Shuhada di laman Instagramnya telah menyebabkan keselamatan serta kesejahteraan keluarganyatelah terjejas dan meminta kepada orang ramai untuk lebih berhati-hati dalam memberi sebarang komen terhadap isu yang berlaku.

Gesa Shuhada buat permohonan maaf secara terbuka

Susulan itu, pelakon kelahiran Selangor itu menggesa Shuhada untuk membuat permohonan maaf secara terbuka sebelum dia mengambil tindakan undang-undang kerana sudah menyentuh maruah dan privasi keluarganya.

Hafidz mohon maaf kepada keluarga dengan apa yang terjadi

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Hafidz Roshdi bertindak menumbuk isterinya beberapa kali di bahagian mata sehingga menyebabkan kecederaan yang membawa kepada 10 jahitan.

Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, Hafidz akan didakwa di Mahkamah Kuala Kubu Baharu dan akan dituduh dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Antara komen netizen,

Siapa sokong Shuhada kita geng. Shuhada balas balik suruh Hafiz minta maaf sbb tumbuk matanya jika tidak Shuhada saman dia 59 juta biar dia tinggal lato lato sajaa.

Jantan ni dh ko tumbuk muka bini ko.nk ambik tindakan pula dh sedap tak ngaku pula.

Sumber: Instagram @hafidz.roshdi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply