SINGAPURA: Selebriti Malaysia Kamal Adli yang cedera apabila diserang oleh seorang lelaki di Singapura lewat malam hari Ahad (Mac 12) selamat menjalani pembedahan di sebuah hospital tempatan, menurut Astro AWANI.
“Alhamdulillah Kamal dah sedar…harap semua doakan keselamatan kami,” isterinya Uqasha Senrose memaklumkan menerusi akaun Instagram (IG) hari ini.
Dalam kemas kini IGnya lewat malam tadi, Uqasha memaklumkan Kamal, 37 tahun, diserang menggunakan cota berkali-kali oleh seorang lelaki di kepala, muka dan badan pelakon tersebut.
Tanpa mendedahkan hospital Kamal ditempatkan, Uqasha berkata Kamal menjalani “major operation” berikutan kecederaan di bahagian kepala yang agak teruk.
Beliau dan suami menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut dan turut memohon peminat dan orang ramai supaya mendoakan kesembuhan suaminya.
Mereka berdua berada di Singapura bagi acara Hari Raya Mega Sale 2023 selama tiga hari bermula Jumaat yang berlangsung di Dewan 5A, Singapore Expo.
Menurut Uqasha, kejadian berlaku di akhir acara itu berlangsung.
Uqasha turut menyertakan gambar-gambar sekitar kejadian yang menimpa suaminya dan memaklumkan penjenayah tersebut sudahpun ditahan.
Memetik jurucakap polis Singapura, media tempatan melaporkan pihak polis menerima panggilan tentang satu pertelingkahan yang berlaku di Singapore Expo.
“Seorang lelaki 37 tahun masih sedarkan diri apabila dibawa ke hospital. Seorang lelaki 34 tahun selanjutnya diberkas berhubung dengan kes itu. Siasatan masih dijalankan,” menurut polis.
Dianjurkan oleh Megaxpress International, Hari Raya Mega Sale turut menampilkan beberapa artis dari Malaysia.
Pasangan popular Kamal dan Uqasha adalah antara selebriti Malaysia yang sentiasa mengikuti acara sebegini di Singapura.
Antara komen netizen,
Syukur Alhamdulillah Ya Allah 🤲.. Dgn Kekuasaan Mu Dan Izin Mu Dlm Ikhtiar Pertolongan Dari Doc2 Melakukn Yg Terbaik Rawatan Pembedahan Yg Di Lakukn, Segala Nya Berjalan Lancar Dan Di Permudahkn, Syukur Ya Allah 🤲.. Semoga Kamal Adli Cpt Sembuh Sihat Sepenuh Nya..Aamiin Ya Mujib 🤲
Alhamdulillah,Hope Lelaki Yang Attack Kamal Dengan Orang Yang Upah Dia Tuu..Pi Mati Dalam Keadaan Terseksa Amiinnn~
Mohon Uqasya Berubah Mcm Nelly Pakai Tudung Balik..Ramai Sgt Fan Fanatik Bekenan Tahap Apa Ni..Dulu Zaman Tokti Ja..Bila Dia Kawin Ramai Frust Menonggeng Jer..
Harap Kau Sbgai Sorang Suami Dapat Kurangkan Expose Isteri Tu..Dia Tu Cntik ..Ramai Yg Berkenan
Alhamdulillah Kamal Dah Sedar. Syafakallah… Mudah2an Kamal Cepat Sembuh Dan Semua Urusan Kalian Berdua Di Permudahkan. Aamiin3x..
Lepas Jd Kes Mcm Ni, Risau La Nak Ada Gf Or Bini Lawa². Tak Pasal Kena Pukul Sebab Cemburu. Apa² Gws Kamal Adli.
Alhamdulilah Shukur Kpd Allah Swt Dgn Izinnya Keadaan Kamal Adli Semakin Pulih …Ini Semua Doa Dri Kmi Yg Syg Akn Beliau..Terima Kasih Allah
Sumber : Bernama/FZ/fz
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.