`Betul Ke Ako Mustapha Ni`, Badan Macam Orang Tua, Tak Sangka Ini Keadaan Terkini Pelakon Ako Mustapha

Pelakon Ako Mustapha memberitahu keadaan kesihatannya semakin baik dan terkawal berbanding sebelum ini selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) ekoran menderita penyakit kencing manis kronik pada tahun lalu.

Ako atau nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha ketika ditemui Kosmo! Online berkata, penyakit kencing manis yang dihidapinya kini berada dalam keadaan terawal selain dirinya bertambah sihat untuk kembali aktif berlakon.

Tawaran Lakonan Masih Ada Cuma Adakalanya Saya Tolak Sebab ..." - Ako Mustapha | RojakDaily

“Alhamdulillah keadaan saya semakin baik. Ketika dimasukkan ke ICU pada tahun lalu, bacaan gula dalam darah saya memang terlalu tinggi sehingga tidak boleh dibaca.

“Dalam badan saya langsung tidak ada insulin pada ketika itu. Tapi sekarang semakin sihat dan berat badan saya pun sudah bertambah sekitar 12 kilogram (kg),” katanya kepada Kosmo! Online.

Bagaimanapun, pelakon berusia 52 tahun itu terpaksa akur apabila dalam tubuhnya mengalami banyak kerosakan terutama membabitkan saraf akibat penyakit kencing manis yang dihidapinya sehingga memberi kesan pada anggota badan lain.

“Ada banyak kerosakan dalam badan saya terutama saraf disebabkan penyakit kencing manis yang saya alami.

“Rasa macam orang tua sekarang sebab kaki sentiasa lenguh. Memang masalah itu kadang-kala mengganggu aktiviti harian saya.

“Sebab bila kaki berdenyut sangat, saya tidak boleh fokus kerana menahan sakit. Saya tidak tahu boleh sembuh sepenuhnya atau tidak. Tapi keadaan saya semakin baik berbanding dahulu,” ujarnya.

Showbiz: Ako Mustapha rushed to HKL's emergency unit

Bercakap tentang kerjaya lakonannya, pelakon yang pernah popular menerusi filem Senario The Movie itu masih lagi menerima tawaran berlakon walaupun terpaksa membataskan waktunya berbanding sewaktu dirinya masih lagi sihat.

Kata Ako, jika dahulu dia boleh berlakon dari pagi sehingga ke tengah malam, namun dalam keadaan sekarang, dia perlu berpada-pada kerana faktor kesihatan.

“Saya masih lagi dapat tawaran berlakon dan tidak pernah menolak sebarang tawaran yang diberikan. Watak saya juga tidaklah terlalu berat dan lasak.

Ako Mustapha serik 'disekolahkan' doktor

“Selain berlakon, saya juga sedang menjalankan perniagaan membabitkan beberapa produk seperti makanan dan minuman kesihatan termasuk minyak wangi.

“Jadi saya kena juga kurangkan berlakon supaya boleh membahagikan masa terhadap perniagaan yang saya usahakan,” kata Ako ketika ditemui di majlis sidang media majlis pelancaran Hoorey X Fest Raya di sini, semalam.

Tahun lalu, Ako pernah dikejarkan ke zon kritikal Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas saraf dan otot tubuhnya tidak dapat berfungsi dengan baik kerana tidak mengambil ubat selama seminggu.

Disebabkan penyakit kencing manis yang dihidapinya, bentuk tubuh Ako mulai susut selepas dia kehilangan berat badan sehingga 20kg.

VIDEO:

Sumber – KOSMO! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply