Semalam Pakai Uniform Sekolah, Hari Ini Sarung Baju Pengantin! Remaja Baharu Habis SPM Kini Isteri Orang

KALAU dah jodoh, tak akan ke mana. Segala rezeki, ajal dan maut, lambat atau cepat sesuatu perkara itu semuanya dengan ketentutan Allah.

Begitulah juga yang berlaku terhadap gadis ini, dia bertemu jodoh pada usia muda dan kisah perjalanan hidupnya itu tular di media sosial baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran dibuat seorang perancang perkahwinan, @harryzulhairi, pengantin perempuan dikenali sebagai Zetty Aziz itu berkahwin sejurus selesai peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) beberapa minggu lalu.

Tangkap layar video dikongsikan seorang perancang perkahwinan di TikTok.

Kisah Zetty disunting pasangannya ini meraih hampir dua juta tontonan setelah disiarkan di aplikasi TikTok milik Harry Zulhairi.

“Semalam pergi sekolah, hari ni pergi kahwin,” tulis perancangan perkahwinan itu di ruangan kapsyen.

Dalam video berdurasi kurang satu minit itu, pada awalnya Zetty dilihat lengkap berpakaian uniform sekolah.

Dia kemudiannya mengubah penampilan dan kelihatan apabila manis mengenakan busana pengantin daripada material songket rona biru dalam majlis pernikahan yang berlangsung pada 16 Mac lalu itu.

Lebih meyakinkan apabila jurusolek, Nursyakila Wan Abdullah turut berkongsi beberapa keping foto di Facebook setelah Zetty siap dimekap.

Dalam hantaran lain yang dimuat naik, difahamkan majlis bertandang pula berlangsung di Kampung Semaloi, Endau, Johor dua hari kemudian iaitu pada 18 Mac lalu.

Meninjau pada ruangan komen di TikTok, warga maya mengucapkan tahniah atas perkahwinan pasangan pengantin baharu itu.

Malah, ramai yang bersetuju dengan komen seorang pelayar yang menyatakan ‘the real lepas SPM terus kahwin’ pada video berkenaan.

 

Posting dibuat oleh jurusolek Zetty.

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir netizen yang ‘mencemburui’ perjalanan hidup Zetty yang bertemu jodoh awal berbanding mereka.

“Jodoh awal betul dik. Akak (umur) 33, bayangan pun tak nampak lagi.

“Tahniah dik jodoh awal. Akak yang umur 21 ni pun tak kahwin lagi… jodoh tak sampai lagi.

“Macam sayalah lepas SPM je kahwin. Kawan-kawan sekolah ramai yang masuk universiti tapi saya dah timang anak. Apabila lahir anak pertama ramai tanya, adik ke tu,” komen netizen berkongsi pengalaman.

Komen netizen di TikTok.

Walaupun jodoh gadis ini dikatakan cepat berbanding kebanyakan orang, perkara lebih penting adalah masing-masing perlu bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami isteri selepas mendirikan rumah tangga.

Secara umum, Enakmen Keluarga Islam dan Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303] menetapkan had umur minimum perkahwinan bagi orang Islam ialah 18 tahun bagi lelaki dan 16 tahun bagi perempuan.

Hal yang sama terpakai kepada orang bukan Islam.

Bagaimanapun had umur yang ditetapkan ini berbeza mengikut negeri.

Namun begitu ia bukanlah halangan untuk pasangan bawah umur berkahwin asalkan mereka perlu mendapat kebenaran keluarga serta dibenarkan oleh pihak mahkamah.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply