Wanita Ni Nekad Letak Hantaran Sikit Sebab Bakal Suami Gaji Rendah. Masa Akad Nikah Tu Terkedu Bila Dengar Bakal Suami Sebut Kan Jumlah Mas Kahwin.

Berbunga hati rasa. Memang wujud lelaki lelaki gentleman baik yang bekerja kuat. Selain confessor, salah seorangnya suami ku. Jangan risau ya sahabat sahabat ku yang masih bujang. Masa kalian, dengan orang yang tepat akan tiba. Sebelum berkahwin, memang terlalu banyak ujian. Sering jugak aku menangis, tetapi bukan kerana K. Tetapi kerana susahnya nak menghalalkan hubungan kami.

Kami berdua, belajar tinggi juga tapi berlatar belakangkan keluarga yang sederhana. Manakala K bukan dari keluarga yang senang. Sebelum aku bertunang dengan K dulu, aku sudah pernah bertunang. Dan ketika itu, ayah aku tetapkan hantaran RM10K. Entahla, tak ada jodoh.

Bila dengan K, aku risau sangat jika ayahku akan kembali menetapkan nilai hantaran begitu. Namun hati aku lega sangat, ketika bertunang dengan K ayahku awal awal lagi menyerahkan pada pihak lelaki berkenaan hantaran. Kenapa aku risau? Kerana aku tahu, ketika itu dalam simpanan K tidak pernah sampai seribu pun. Bayangkan, gaji 800, 300 diberi pada ibu ayah, kadang 200 diberi pada adik beradik.

Begitulah K yang tidak pernah berkira dengan keluarga. Aku memang cukup jatuh hati dengan perangai yang itu. Tapi tetap aku risau dengan persiapan kahwin kami. Walaupun begitu, aku tidak pernah mendesak K, aku tahu dia sedang cuba yang terbaik.

Selepas 3 bulan kami bertunang, K mendapat tawaran bekerja di tempat yang lebih baik. Alhamdulillahhhh aku bersyukur sangat. Kerana mengikut persetujuan, lagi 3 bulan kami akan berkahwin. Sepanjang bertunang, K beberapa kali bertanya berapa hantaran yang aku mahu.

Selalu aku minta dia tetapkan. Tapi tetap juga dia mahu aku sebutkan harga supaya senang untuk dia usahakan. 700 jawapanku. Kalau rasa ada rezeki lebih, cukupkan seribu. Supaya ibu ayahku tidak terkejut. Berkali dia tanya sepanjang pertunangan, jawapanku sama. Bila aku bagitahu pada ibuku, memang ibuku marah. Kata ibu, nanti aku jatuhkan maruah suamiku.

Tapi aku tetap dengan keputusan. Bukan kerana aku rendahkan kemampuan dia, tetapi aku tahu tanggungjawab dia terhadap aku selepas kahwin nanti memerlukan kewangan yang banyak. Aku tak mahu dia banyak berhabis untuk aku semata untuk kahwin. Aku tidak pernah sebut tentang hantaran pada sesiapa lagi selepas itu.

Hari perkahwinan kami tiba. Penuh sempurna. Namun aku sangat terkejut, pada saat akad nikah, mas kahwin yang terlafaz dari mulut dia bahkan bukan RM700, tapi RM10K. Lagi diberi seutas gelang emas yang entah berapa ribu nilainya. Aku memang terharu. Terlalu terharu. Cerita ini, tidak pernah aku ceritakan pada sesiapa bahkan pada keluarga aku. K terus memberitahuku, semua hantaran itu adalah kejutan dan hadiah untuk aku. Dan katanya, aku mahal dari segalanya.

Alhamdulillah. Rupanya, memang semua itu adalah dari duit simpanan yang dia mulakan sejak bertunang dulu. Yang aku rasa agak mustahil, tapi Allah izinkan berlaku. Aku rasa, beberapa contoh dari suamiku yang boleh kita ikut. 1. Jangan berkira dengan keluarga sendiri. Lagi lagi ibubapa. Memberilah walau tiada. Mungkin berkat dari situ Allah limpah kurnia rezeki yang lebih banyak.

2. K memang suka hulur duit pada kanak kanak. Walau sedikit. Walau itu saja duit yang ada dalam poket, tetap dihulur. 3. Membantu kawan yang susah. Kadang, dia sendiri tiada apa, sanggup dikosongkan poket untuk kawan kerana risaukan kawan. Yang ini, sampai kami brbalah juga sedikit.

Kerana pada aku, kawannya tu sampai mengambil kesempatan. Sihat tubuh badan, tapi malas bekerja. Padahal K sampai kurus tak makan demi mencari rezeki. Setiap bulan, mesti meminta dari dia. Aku tak marah, tapi aku minta dia bagi peluang pada kawan dia untuk berdikari.

4. Bonus, untuk aku. Hehe. K tidak main game, tiada media social. Ahh, idola sangat. Moga satu hari nanti aku juga mampu melepaskan media social dan hidup sepenuhnya dengan dunia sebenar. Sekarang, tidaklah kami kaya. Tapi sangat cukup, dan lapangnya di hati. Doakan kami ya.

Lain pula pengalaman wanita ini

Ibu minta wang hantaran 35K, harga jaga aku selama 26 thn. Jmputan ibu nk 10k org

Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalamualaikum semua pembaca. Aku seorang gadis lewat 26 an. Aku bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi. Di sini aku mohon pendapat dari para pembaca. Aku bakal berkahwin dengan pilihan hati aku. Dia merupakan seorang lelaki yang bekerjaya dan perwatakan menarik.

Ikutkan kami akan berkahwin pada hujung bulan Mac. Tetapi ekoran PKP, majlis kami dibatalkan.

Jika mengikut plan asal. Majlis perkahwinan aku akan jadi majlis gilang gemilang kerana :

A) Ibu telah meminta wang hantaran sebanyak 35K kepada bakal suami aku. Ini kerana wang hantaran itu termasuk harga membesarkan dan menjaga aku selama 26 tahun. (Ini yang ibu katakan kepada aku).

B) Bakal suami aku telah berusaha mengumpul kan RM35K kerana sayang kan aku. 3 tahun juga Masa diambil untuk mengumpul wang. RM30k wang bahagian bakal suami dan RM5K wang hasil simpanan aku. Tetapi masih didalam bank simpanan bersama kami. Belum diserahkan kepada ibu.

C) Mengikut perancangan asal, Majlis akan berlangsung di sebuah dewan terkemuka yang akan dihadiri lebih 10 ribu orang. (Ibu yang susun atur majlis aku kerana kata ibu aku tidak pandai susun atur).

D) Mengikut perancangan asal juga, katering, makan beradab, paluan kompang, silat gayung, malam berinai, Mc majlis dan lain2. Malah baju persalinan keluarga turut dibiayai oleh wang hantaran itu.

Namun disebabkan PKP tahap 3, majlis perkahwinan gilang gemilang tidak dapat dilangsungkan.

Menurut rancangan asal aku dan bakal suami aku, kami hanya mahu akad nikah dan jamuan makan secara kecil kecilan saja. Tetapi setelah ibu tahu hal ini, ibu marah dan tidak bersetuju.

Sebelum itu sini aku ceritakan latar belakang aku, aku mempunyai 4 orang adik beradik. 2 lelaki dan 2 perempuan. Aku anak ke 3.

2 orang abang aku ialah anak kesayangan ibu aku. Dirumah aku, lelaki ialah raja dan wanita ialah hamba. Ini kerana, dirumah aku dan adik perempuan aku sahaja yang membuat kerja2 rumah dari kecil hingga dewasa.

Ibu kata lelaki penat cari nafkah oleh itu wanita perlulah melayan dirumah. Itulah kata kata ibu sepanjang aku membesar.

Hasilnya, 2 orang abang aku langsung tidak pandai memasak, mengemas rumah atau erti kata lain tidak tahu langsung hal hal kerja rumah.

Mereka membesar mnjadi anak kesayangan ibu yang rosak. Akademik mereka tiada A dari sekolah rendah. Perwatakan abang abang aku sangatlah soft spoken namun spoiler didalam.

Oleh kerana tidak tahan tinggal dirumah, aku dan adik perempuan aku telah memohon untuk ke asrama ketika sekolah menengah.

Maka dari sekolah menengah hingga sambung belajar dan sehingga sekarang kami tinggal berasingan dari keluarga. Jika pulang ke rumah tiada siapa yang menyambut. Tiada makanan kegemaran dimasak. Tiada. Hanya baju yang berbakul bakul dan rumah yang berselerakkan (selalunya).

Berbalik kepada cerita aku, ibu mahu hantaran 30K kerana itu ialah harga membesarkan aku. Dan sebagai seorang anak, aku mulanya tidak bersetuju.

Namun demi mengambil hati, aku brsetuju sahaja. Namun disebakan PKP, ibu tidak bersetuju majlis dibatalkan tetapi terpaksa akur. Ibu aku baik cuma agak bermulut lantang.

Oleh itu, ibu memberitahu aku supaya mngadakan majlis selepas tamat PKP. Namun bakal suami aku pula tidak bersetuju.

Ini kerana, setelah nikah online dibenarkan dia mahu bernikah secara online. Tetapi ibu pula tidak bersetuju. Ibu berulang kali mahu majlis secara besar besaran diadakan. Aku sangatlah pelik dengan sikap ibu.

Aku dan bakal suami aku mahu bernikah secara online sahaja kerana aku tidak lagi tinggal bersama ibu. Aku tinggal menyewa dinegeri lain bersama adik perempuan aku.

Bakal suami aku sudah membeli rumah dinegeri itu dan hanya tinggal untuk aku masuk tinggal sahaja. Manakala adik aku boleh tinggal dibilik sewa kami.

Tambahan pula, ayah juga tidak pernah memberi wang kepada aku sejak aku sambung belajar. Erti kata lain nafkah untuk aku dan adik aku sudah tamat semenjak tingkatan 5. Oleh itu untuk apa lagi aku dibawah tanggungjawab ayah aku?

Ketika aku sambung belajar aku bekerja part time dan ketika itulah terjumpa bakal suami aku. Bakal suami aku inilah yang banyak membantu aku dari segi moral dan kewangan. Tetapi aku bukanlah perempuan murah yang senang terima Wang sesiapa.

Setelah tamat belajar aku bekerja dan membayar wang dia. Selepas itu lah bakal suami aku melamar aku.

Tetapi sekarang aku sangatlah buntu. Setiap Hari ibu mnghantar sms supaya jangan bernikah online. Abang abang aku juga mengugut untuk membuang aku dari keluarga jika bernikah online.

Abang abang aku belum berkahwin dan tinggal bersama ibu. Mereka tidak bekerja. Ayah aku pula ada bersama aku. Sehari sebelum PKP ayah datang menjenguk aku dan adik perempuan aku. Dan kemudian tidak dapat pulang disebabkan PKP.

Disebabkan tuan rumah masih belum temui penyewa lain, ayah aku dibenarkan tinggal bersama aku dan adik perempuan aku. Menurut kata ayah, dia tidak kisah jika aku mahu bernikah online tetapi dia mahu makan minum dia tersedia. Itu sahaja.

Jika aku nikah online RM35K dapat dijimatkan. Tetapi hubungan aku dan ibu akan menjadi semakin keruh. Apa yang harus aku lakukan? Nikah online atau mndengar kata ibu?.

Reaksi warganet

Farin Ahmad – Dekat tempat aku, ada sorang. Kerja pangkat kecik je, tapi berkat kerajinan dia, mampu guna dan beli kenderaan mewah. Tapi sekarang dah tak jumpa dia lagi dah. Selepas SPRM masuk audit. Agaknya, dia kerja siang malam, tu yang aku, boss dia dan rakan sekerja dia pun, tak jumpa dia lagi dah. Terlalu kuat bekerja agaknya sampai tak jumpa jalan balik ofis.

Cempaka Biru – Harap lepas kahwin pun masih jatuh hati dengan sikap suami duk bagi duit pada mak ayah dan adik beradik. Jangan nanti pergi mengadu Kat KRT pulak, suami lebihkan keluarga, tak bagi nafkah Kat isteri. Moga bahagia ye. Siti Rashimah – Kau hantaran 700? Aku dengan suami aku nikah tak ada hantaran pun. Cuma mas kahwin je. Tak ada majlis walimatulurus, cuma akad nikah sahaja. Sebab aku tahu suami aku bukan orang senang. Aslina Majid – Kadang kadang aku curious sebab asek terbaca cerita terkejut mase akad nikah baru tau mas kawen berapa… Memang borang nikah tetiap negeri tak sama eh?.

Jangan kritik sis, sis nak tahu je. Sebab sis masa submit borang nikah baru tau wali tuliskan nilai berapa. Ye la masa tunang bincang lain, mase nak nikah tulis lain. Kat Penang memang kene nyatakan nilai mas kahwin, hantaran dan pemberian lain (kalau ada) dalam borang.. Tipu la woi kalau main hantar je borang tak semak mende. Tatau la korang kalau wali rajin nak hantarkan. Btw kat Penang, pengantin yang kene hantarkan sendiri sebab sebelum hantar tu ustaz pejabat agama interview sikit.

Athirah Nor – Alhamdulillah. Tahniah bunga. Seronok dengar. Semoga dikurniakan sakinah mawadah dan rahmah. Macam abah saya. Dia pun tak kedekut duit dengan parents dan mak pak mertua. Gaji tak besar. Kami hidup pun sederhana je. Mama behenti kerja since abah ditukarkan negeri.

Jadi mama start niaga kecil kecil dari rumah. Dulu takda online. So anta kuih dan amik upah menjahit. Tu la yang besarkan kami adik beradik2. Tak mewah. Tapi kami cukup makan pakai. Mama kata dia tak pernah persoalkan berapa abah nak bagi kat parents dia dan parents mertua. Sebab dia kata tu hak abah. Yang penting abah tau cukup kena keperluan kami 1 keluarga. Alhamdulillah.

Nenek atok belah dua dua dah pergi menghadap illahi dah. Dan kami tak menyesal pun abah buat macam tu. Alhamdulillah syukur. Sebab dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Dan kalau mampu nak membantu. Keluarga. Adik beradik. Bru orang luar.

Dalam alQuran ada Allah pesan dah turutan nak bagi bantuan ni. Tapi kena beringat juga orang yang dibantu kena berpada pada. Bukan sikap meminta minta. Kalau berhutang tahu nk bayar semula on time. Jangan ambil kesempatan pula. Konsep taawun (kerjasama) gituu. Tahniah TT!

Sumber – Bunga (Bukan nama sebenar) via IIUMC | figuraku

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply