Rupanya Farid Kamil Ada Bukti Gambar Diana Danielle Curang, Tak Senang Duduk Diana Danielle

Pelakon dan pengarah sensasi, Farid Kamil memaklumkan dia ada bukti gambar susulan dakwaannya terdapat orang ketiga dalam konflik rumah tangga yang berlaku bersama Diana Danielle.

Menurut laporan mStar, aktor yang berusia 42 tahun itu enggan mendedahkan bukti tersebut kepada umum sekarang memandangkan ia adalah aib antara keluarganya. Bahkan, dia mengatakan akan membongkar perkara tersebut di mahkamah kelak.

Diana Danielle tak layan Farid Kamil, bunga hanya dibiarkan atas kerusi

“Untuk pengetahuan semua, saya ada bukti gambar. Saya tak boleh tunjuk sekarang. Saya kena tunjuk di mahkamah.

“Hal peribadi saya, isteri dan anak-anak saya tak mahu kongsi yang hanya akan menaikkan persepsi yang boleh mengaibkan mereka,” katanya.

Farid Kamil, Diana Danielle mula proses JKP, Selasa ini

Dalam pada itu, Farid meluahkan rasa syukur perkembangan kerjayanya dalam keadaan baik sejak tahun lalu meskipun dirinya terpalit dengan kontroversi.

Terdahulu, pasangan selebriti itu telah mengejutkan ramai peminat dimana Diana Danille telah memfailkan cerai terhadap suaminya pada awal Mac lalu.

Bagaimanapun, Farid tidak mahu melepaskan isterinya kerana masih mempunyai perasaan sayang dan semalam, mereka hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari untuk melalui proses pelantikan wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) sebagai inisiatif menyelesaikan kemelut antara mereka.

Apa Yang Berlaku Menguatkan Lagi Hubungan Dan Cinta Kami - Diana Danielle

Sekadar info, Farid telah membina mahligai Diana Danielle pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora

Antara komen netizen

Isteri Dh Nk Minta Cerai…Klu Ko Rasa Dia Curang Cerailh…Napa Juga Mau Dedah Bukti Isteri Curang Lgi….

Lelaki Salu Cmtu.. Dia Nk Rasa Adil Sgt Salah Tu.. Dia Cari Salah Pempuan.. Lps Tu Nk Gak Sama Tunjuk Bukti Yg Si Pempuan Gak Da Salah.. N Dia Nk Pihak Mahkamah Nk Tunding Jari Salah Isteri N Laki X Bersalah..

Video) Farid Kamil Accuses Diana Danielle Of Cheating With Third Party? - Hype Malaysia

Kalau Ade Bkti Isteri Curang Jadi Kemukakanlah Bukti Nnti..Nnti Taula Sape Betol N Sape Slh..Tp Isteri Dah Curang Tu Ko Nak Lagi Ek…

Pada Aku Kalau Isteri Dah Curang Balik Dilepaskan Dgn Baik Kalau Dipanjangkanpum Rumah Tangga Dah Tak Bahagia Lagi…Akhirnya Berpisah Jugak…Baiklah Settle Elok2 Tanpa Mengaibkan Sesiapa Dan Elak Masalah Nak Melawat Anak2 Nanti.

Kebanyakan Maslaah Rumah Tangga Dn Kes Penceraian Adalah Isteri Cantik..Sbb Bukan Kecantikan Hal Terpenting Dlm Rumah Tangga.

Sejambak bunga ros buat Diana Danielle di mahkamah, langkah pertama Farid Kamil pujuk isteri - Sensasi | mStar

Mana Mau Nk Lepaskan Macamtu Saja..Duit Dh Bnyk Abis Ni..Lain Kali Kawen Baik Cukup Kat Pjabat Tok Kadi Saja..Bla Kawen Mriah Sangat, Rugi Jugak Nk Lepas2 Gitu Saja,,Lain Lg Nanti Org Pmpuan Tuntut Hak Sepencarian Lg..Sbb Tu Dia Klua Kan Apa Saja Bukti Nk Bagitau Mahkamah Bahawa Kalau Nk Lepas Blh, Tp Jgn Tuntut Apa2..Kata Ku Saja

Kalau Dia Nak Curang Lagi Hang Dlm Penjara Lagi Dah Dia Curang … Cuba La Tunjukan Kekesalan Tu Sikit Bila Dh Tau Silap.. Prempuan Ni 1 Je Dia Nak Kau Jujur Je.. Hang Corner Sana Sini Mmg Makin Menyampah La Dia Nnti.. Bagi La Bunga Ka Cincin Ka Mmg Xjalan Ler … Dah Tawo Hati Dh Tu.. Doa Bebaik Pada Allah S.W.T Dilembutkan Hati Isteri Yg Sedang Membara Tu.. Usaha Sebaiknya , Insyaallah.. Tp Jika Masih Kekal Sama Terima Je La Takdir Allah .. Manusia Mmg Xlari Dari Kesilapan … Semoga Dipermudahkan Hendaknya

Farid Kamil enggan lafaz talak... Diana Danielle dakwa berlaku perbalahan berpanjangan dalam rumah tangga - Sensasi | mStar

Sumber: mStar (Farol Hadi)

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply