Isteri Hadir Ke Mahkamah Fail Cerai, Rupanya ND Lala Sendiri Kahwin Wanita Muda

ISTERI kepada penyanyi Datuk ND Lala iaitu Datin Fauziah Sarman hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi pada pagi Isnin.

Fauziah, 55, dipercayai hadir ke mahkamah bagi memfailkan permohonan cerai terhadap ND Lala susulan dakwaan suaminya itu berkahwin lagi dengan seorang wanita baru-baru ini.

Ibu kepada penyanyi Shila Amzah itu ketika ditemui pemberita bagaimanapun memberitahu tidak tahu mengenai dakwaan ND Lala sudah bernikah dengan wanita dikenali sebagai Siti Munirah Abd Ghani.

Jelasnya, soalan itu perlu ditanya sendiri kepada suaminya.

Fauziah tidak mahu mengulas lanjut isu rumah tangganya.

“Tak tahu. Lebih baik tanya pada abang ND sendiri. Dia yang tahu,” katanya kepada pemberita.

Difahamkan Fauziah terlebih dahulu hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langkat, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi ditemani adik perempuannya namun diminta ke mahkamah bagi urusan memfailkan permohonan cerai.

Pada Sabtu lalu, Fauziah memuat naik wajah seorang wanita dengan kapsyen ‘Penyondol… Siti Munirah Abd Ghani’ dipercayai individu yang ada kaitan dengan rumah tangganya bersama suami.

Bagaimanapun pada Isnin, Fauziah mengemas kini kapsyen berkenaan dan menulis ‘Isteri Dato’ ND Lala… Datin Siti Munirah Abd Ghani’.

Sebelum ini, terdapat khabar angin mengatakan penyanyi itu sudah berkahwin secara rahsia dengan seorang wanita yang jauh lebih muda daripadanya.

Fauziah bersama anak bongsunya, Syada.

Menurut sumber, penduduk setempat mengesyaki sesuatu apabila sering melihat ND Lala berkunjung ke kediaman wanita berkenaan.

Pada awal Mac lalu, Fauziah sempat berkongsi rasa syukur apabila perkahwinannya dengan ND Lala sudah memasuki usia 35 tahun.

Ia secara tidak langsung menangkis gossip mengatakan rumah tangga mereka retak menanti belah.

Untuk rekod, ND Lala mendirikan rumah tangga bersama Fauziah pada 1989 dan pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata termasuk Nur Shahila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply