Selepas Kedai Dibakar, Suami Isteri Cedera Disimbah Asid Pula, Katanya Melayu Dengki Kedai Laris!

Sepasang suami isteri mengalami kecederaan pada bahagian mata dan badan selepas didakwa disimbah asid oleh seorang individu tidak dikenali dalam kejadian di pintu lif di sebuah pangsapuri di Batu Caves, Selangor.

Perkara itu dikongsi seorang kenalan pasangan tersebut, Khairy Adli menerusi satu hantaran di dalam group ‘Gombak Food Delivery’ di laman Facebook.

Disyaki jadi mangsa dengki?

 

Khairy berkata, pasangan peniaga roti nan itu disyaki menjadi mangsa dengki individu tertentu dimana kedai perniagaan mereka telah hangus dijilat api dalam kebakaran yang berlaku bulan lalu.

 

“Mangsa pemilik kedai makan, jual roti nan di Selayang. Memang tak selamat nak berniaga di kawasan tu. Orang dengki banyak.
“Saya pernah makan kedai mereka. Memang sedap dan ramai pelanggan. Bukan sekali dua perkara begini jadi pada mangsa, tapi mereka bangun dan masih berniaga, tak sangka dah sampai main bakar kedai dan simbah asid,” tulisnya.

Menerusi hantaran tersebut, dia memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian serta beberapa keping gambar kedua-dua mangsa yang sedang menerima rawatan di sebuah hospital.

CCTV kejadian

CCTV berdurasi 28 saat itu memaparkan pasangan berkenaan masuk ke dalam lif terlebih dahulu sebelum suspek yang berada di luar bertindak menyimbah asid tersebut.

Susulan terjadian terbabit, Khairy berharap supaya pihak polis dapat melakukan siasatan dengan segera selain meminta orang ramai menyalurkan maklumat sekiranya ada.

Sumber: Facebook Khairy Adli via Gombak Food Delivery

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply