Tak Sangka Ds Vida Siap `Tilik` Nasib Iqbal Dengan Inspektor Sheila, Ini Pendedahan Ds Vida!

TIADA sekelumit rasa cemburu dalam hati usahawan sensasi Datuk Seri Vida susulan bekas kekasihnya melahirkan hasrat untuk mengenali lebih rapat dengan Inspektor Sheila.

Vida atau Hasmiza Othman, 52, sebaliknya berkata, Ahmad Iqbal Zulkefli tidak akan bertemu dengan pengganti yang lebih baik dan sehebat berbanding dirinya.

“Dia tak akan jumpa orang sehebat saya. Sheila belum cukup miliki kriteria seperti saya… hanya Iqbal sahaja tahu kelebihan saya,” katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

iqbal 6

Iqbal luah hasrat ingin mendekati Sheila.

Dalam pada itu, Vida mendakwa Iqbal hanya mahu menumpang populariti pegawai polis berkenaan memandangkan kisah mengenai Sheila sedang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

Vida turut berharap agar bekas pembantu peribadinya itu tidak sewenang-wenangnya mempermainkan hati mana-mana wanita.

“Iqbal tu ‘mat celah’, asyik tumpang populariti orang. Dia dah sendu! Cuba berdiri atas kaki sendiri.

“Saya kenal Iqbal dan hubungan mereka tidak akan menjadi tapi saya harap dia tak mainkan hati mana-mana perempuan,” ujarnya.

Berkongsi mengenai hubungannya dengan Iqbal, Vida mereka sudah lama tidak bersua muka memandangkan masih ada perselisihan faham yang masih belum selesai.

“Kami sudah tidak apa-apa hubungan, saya pun tak mahu jumpa dia. Kami masih bergaduh dan tidak akan berbaik sampai bila-bila,” jelasnya.

Iqbal dan Vida pernah rancang ingin mendirikan rumah tangga.

Pada Selasa, Iqbal ketika dihubungi mStar memaklumkan Inspektor Sheila atau Sheila Sharon Steven Kumar, 35, mempunyai ciri-ciri kewanitaan yang membuatkan hatinya tertarik.

Kata Iqbal, dia juga kini kesunyian dan tiada kekasih, jadi tidak salah sekiranya mahu mencuba nasib mencari teman hidup.

Pada September 2021, Iqbal pernah memaklumkan bakal mendirikan rumah tangga bersama Vida namun hasrat itu tidak kesampaian disebabkan hubungan itu tidak mendapat restu anaknya iaitu Cik B atau Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 18.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply