Salam Takziah Leona! Atas Kehilangan Orang Tersayang! Terkilan Tak Dapat Beri Pelukan Terakhir.

ANAK kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona terkilan tidak dapat bertemu dan memberi pelukan terakhir buat datuknya yang meninggal dunia pada pagi Ahad.

Leona, 21, menyifatkan datuknya iaitu Allahyarham Datuk Pahamin Ab Rajab seorang yang sering memberinya semangat dan sentiasa berbangga dengan kejayaan dikecapi selama ini.

“Seakan-akan tidak percaya datuk sudah tiada di sini, saya tidak tahu bagaimana mahu menggambarkan perasaan ini. Terima kasih kerana memberi saya kehidupan yang baik dan sentiasa percayakan saya.

Leona 1

Leona akrab dengan datuknya.

“Sepanjang hidup saya, saya hanya mahu membuatkan datuk gembira dan kini datuk sudah tiada lagi. Saya tidak akan mempunyai peluang untuk bertanya sama ada datuk bangga dengan saya.

“Saya sedih kerana masa kita berdua di dunia ini telah berakhir. Saya harap saya boleh ucap selamat tinggal dan memberikan datuk pelukan terakhir,” katanya.

Leona berkongsi luahan sedihnya itu menerusi Instagram miliknya dan turut memuat naik beberapa foto bersama Allahyarham.

Dalam pada itu, Leona berkata, dia bertuah kerana menjadi cucu kepada bekas pengerusi AirAsia Berhad itu dan bersyukur dengan segala yang telah dilakukan oleh Allahyarham kepadanya.

Leona 2

Pahamin meninggal dunia ketika dalam penerbangan ke London.

“Kalau saya diberi peluang untuk bercakap dengan Toh Poh (panggilan buat Pahamin), saya mahu datuk tahu bahawa saya bersyukur dengan segala yang telah datuk berikan kepada saya.

“Tanpa Tok Poh, saya bukanlah sebahagian daripada diri saya hari ini. Saya sangat bertuah menjadi cucu Tok Poh. Selamat tinggal, saya akan merindui Tok Poh selama-lamanya. Jumpa lagi dalam mimpi,” ujarnya.

Pada pagi Ahad, Azhar memaklumkan bapa mentuanya yang berusia 77 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke London.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply