Walaupun baru saja berpisah dengan bekas suami, Syamsul Yusof untuk beberapa minggu, pelakon jelita Puteri Sarah kelihatan amat gembira berkongsikan foto bersama rakan-rakan selebriti di media sosial hingga timbul komen-komen ‘pedas’ daripada warganet.
Susulan itu, pengarah serta penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam tampil pertahankan menantu kesayangannya yang ketika ini semakin cantik.
Menurut Yusof Haslam, wajar untuk Sarah tampil cantik dan bergaya biarpun dirinya masih dalam tempoh iddah kerana perlu mencari rezeki.
Apa masalahnya jika dia tampil kemas sebagai seorang wanita.
Sebelum ini, ada beberapa netizen yang pertikaikan tindakan pelakon itu sering berkongsikan foto bersama rakan-rakan di Instagram dan mendakwa dia tidak hormati tempoh iddah.
Sumber BN.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.