Yasmin Hani ‘Posing’ Depan Kolam Di Hotel Terkemuka, Tapi Tak Sangka Netizen Sampai Perasan Sesuatu!

Walaupun kini sudah mencecah usia 40-an, pelakon dan pengacara, Yasmin Hani sepertinya tidak mamah dek usia kerana masih kelihatan awet muda.

Terbaru, Yasmin Hani Ismail Richardson telah memuat naik hantaran gambar memaparkan dirinya menggayakan pakaian renang telah mendapat perhatian netizen.

Menerusi hantaran di Instagram, pelakon berusia 44 tahun itu dilihat sedang berada di sebuah hotel terletak di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, perkongsian tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah memberi teguran kepada Yasmin kerana sut pakaian renang berwarna ungu itu kelihatan agak seksi.

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir pihak yang menasihati pelakon Cicak Man itu untuk menutup aurat memandangkan usianya kini sudah semakin meningkat.

komen

Sumber BN.

Be the first to comment

Leave a Reply