Ibu kasihan tengok Qistina Raisah, emosi terganggu kerana fitnah… Sudah hubungi Bell Ngasri jelaskan salah faham

TINDAKAN portal hiburan mengaitkan nama pelakon Qistina Raisah dan Bell Ngasri menerusi hantaran di media sosial baru-baru ini telah menimbulkan salah faham antara mereka.

Tampil mengulas mengenai isu berkenaan, ibu Qistina iaitu Roszana Aminuddin memberitahu dia sudah menghubungi Bell bagi menjelaskan mengenai perkara itu.

Roszana berkata, dia bertindak demikian kerana tidak mahu timbul fitnah mengaitkan anaknya dengan pemenang Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular ke 35 (ABP35) itu.

“Selepas nama Qistina dikaitkan dengan Bell saya terus hubungi dia dan jelaskan yang kenyataan itu tidak menuju ke arahnya.

330659242_921066698918183_2851472583895399184_n

Ibu Qistina mahu ambil tindakan undang-undang.

“Dia terima baik perkara itu dan saya pun tak nak kekecohan ini berpanjangan. Bell juga ada tinggalkan komen yang sekadar melawak sahaja tapi orang salah faham.

“Dia pun ada minta orang ramai berhenti daripada mengecam Qistina,” katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

Sebelum ini, sebuah portal hiburan memuat naik paparan skrin artikel menyebut kononnya Qistina menyindir Bell kerana memenangi anugerah.

Sedangkan artikel berkenaan sama sekali bukan seperti apa dijawab Qistina semasa ditemu bual media di majlis sidang media filem Rahsia yang berlangsung pada 12 Julai lalu.

Manakala ABPBH35 pula berlangsung pada 21 Julai 2023.

Dalam pada itu, Roszana berkata dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terus menyebarkan fitnah berkenaan.

Pihaknya juga telah mendapatkan nasihat daripada peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat.

Kami dah dapat nasihat daripada peguam dan mereka nasihatkan kami untuk buat laporan polis terlebih dahulu.

ROSZANA AMINUDDIN

IBU QISTINA RAISAH

Malah, dia juga turut menuntut permohonan maaf daripada mereka yang telah menulis komen negatif terhadap anaknya selain artikel yang dimuat naik portal berkenaan diturunkan dengan serta merta.

“Saya tidak teragak-agak nak ambil tindakan undang-undang memandangkan emosi Qistina juga terganggu.

“Kami dah dapat nasihat daripada peguam dan mereka nasihatkan kami untuk buat laporan polis terlebih dahulu,” ujarnya.

Sementara itu, Roszana berkata dia bimbang jika isu sedemikian boleh menyebabkan ada pihak takut bekerjasama dengan Qistina.

349044133_137419032673263_1080413344014964170_n

Ibu bimbang keadaan Qistina.

Dalam masa sama, komen kecaman yang ditulis netizen juga memberikan kesan terhadap emosi dan mental anak perempuannya itu.

Malah dia juga menasihati netizen agar tidak terus cepat mempercayai setiap berita yang dibaca tanpa membuat usul periksa terlebih dahulu.

Pada Rabu lalu, nama Qistina menjadi bualan hangat apabila meluahkan keinginan untuk menggenggam trofi sesebuah anugerah memandangkan telah mula berlakon sejak berusia empat tahun.

Qistina bagaimanapun berharap rakan artis yang sudah menerima anugerah tidak memandang rendah kepada mereka yang belum berjaya mencapai kejayaan itu.

Sumber Mstar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply